Reduced price! Minhajul Abidin (Edisi Terbaru) Expand

Minhajul Abidin (Edisi Terbaru)

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Imam Al-Ghazali

More details

RM36.00

RM40.00

-10%

Tajuk : Minhajul Abidin (Edisi Terbaru)
Penulis : Imam Al-Ghazali
Harga : RM40
ISBN : 9789674393939
Berat (kg) : 0.7
Saiz (inci) : 7 x 10

Sinopsis
Buku ini adalah terjemahan daripada kitab yang berjudul “Minhajul ‘Abidin” nukilan Imam Al-Ghazali rahimahullah. Sesungguhnya buku ini amat bermakna dan sungguh istimewa. Khususnya bagi semua umat Islam yang mendambakan syurga Allah SWT. Huraian di dalam buku ini bertujuan memberi kesedaran kepada kita tentang matlamat sebenar hidup kita di dunia ini iaitu untuk memperhambakan diri kepada Allah SWT. Perhambaan yang sejati ini akan melahirkan insan kamil yang berakhlak mulia, yang tidak melakukan maksiat serta segala bentuk kemungkaran secara terang mahupun tersembunyi.

Buku ini juga dihiasi dengan segala persiapan yang perlu dimiliki oleh umat Islam untuk mencapai syurga Allah SWT. Syurga Allah merupakan anugerah terulung buat umat Islam yang taat dan patuh kepada segala suruhan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya. Sesuatu yang amat berharga itu sememangnya amat sukar dikecapi. Ia memerlukan pengorbanan, mujahadah dan pengabdian yang tulus kepada Allah SWT. Melalui buku ini juga, Imam Al-Ghazali mengajar kita agar mencintai akhirat serta bersifat zuhud terhadap dunia yang fana. Para pembaca yang dikasihi Allah akan dipimpin untuk menghindarkan segala sifat keji yang mungkin telah sebati dalam diri masing-masing serta menghadapkan diri hanya kepada Allah semata-mata.


Al-Hidayah menerbitkan pelbagai buku Islam, motivasi dan pembangunan diri yang sesuai untuk semua peringkat pembaca.


Antara topik yang sering mendapat perhatian termasuk fardhu ain, kekeluargaan, pendidikan anak, motivasi dan kerohanian.


BBO Rumah Novel Melayu menyediakan pelbagai buku terbitan Al-Hidayah secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.


Lihat semua buku agama Al-Hidayah di sini

Write a review

Minhajul Abidin (Edisi Terbaru)

Minhajul Abidin (Edisi Terbaru)

Penulis : Imam Al-Ghazali