Reduced price! Selawat Pilihan Expand

Selawat Pilihan

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Ustaz Mahmud Samiy

More details

RM13.30

RM14.00

-5%

Tajuk : Selawat Pilihan
Penulis : Ustaz Mahmud Samiy
Harga : RM14
ISBN : 9789675115257
Mukasurat : 161
Berat (kg) : 0.3
Saiz (inci) : 6 x 8

Sinopsis
Selawat merupakan cara umat Islam menunjukkan rasa kecintaan dan penghargaan kepada Rasulullah s.a.w. Ada di antara Para sahabat yang menggunakan lafaz “sayyidina” sebagai tanda penghormatan dan pengagongan kepada baginda s.a.w walaupun baginda tidak mahu diagongkan sebegitu rupa. Namun sebagai umat yang menyayangi baginda dan menghargai jasa baik baginda terhadap perjuangan Islam maka tidak salah bagi kita untuk menggunakan lafaz yang mulia itu untuk mengingati Rasulullah s.a.w. Buku ini mengupas serba sedikit ayat-ayat al Qur’an dan hadith-hadith yang mengajak umat Islam seluruhnya memuliakan baginda s.a.w dengan berselawat. Ada di antara hadith-hadith yang disebut matan-matannya dengan lengkap. Selawat-selawat yang diketengahkan mempunyai fadilat-fadilat tertentu antaranya dapat memberikan ketenangan, kemurahan rezeki, menghilangkan ketakutan, menyembuhkan penyakit, membawa kehidupan yang diberkati Allah sepanjang hidupnya dan sebagainya. Tidak salah bagi umat Islam untuk bertawassul dengan Rasulullah s.a.w selagi tidak membawa kepada syirik. Secara umumnya selawat-selawat yang terdapat di dalam buku ini sekiranya diamalkan dengan ikhlas dan dengan niat mendekatkan diri kepada Rasulullah s.a.w akan memberikan kita syafaat di hari kemudian, malah yang istimewanya juga selawat umat Islam akan didengari oleh baginda s.a.w di mana jua kita berada…. Semoga jiwa kita sentiasa terikat dengan cahaya Ilahi dan nur hidayah Rasulullah dengan selalu berselawat kepadanya.

Write a review

Selawat Pilihan

Selawat Pilihan

Penulis : Ustaz Mahmud Samiy