Reduced price! Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah Sesat Expand

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah Sesat

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Syeikh Abd Rahman Dimasyiqiyyah

More details

RM20.90

RM22.00

-5%

Tajuk : Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah Sesat?
Penulis : Syeikh Abd Rahman Dimasyiqiyyah
Harga : RM22.00
ISBN : 9789674392253
Mukasurat : 365
Berat : 0.5kg
Saiz : 6 x 9in

Sinopsis
SEORANG ulama yang bertaraf mujaddid (pembaharu) ialah Syeikhul Islam Taqiyyuddin Abul ‘Abbas Ibnu Taimiyyah Al-Harrani Ad-Dimasyqi Al-Hambali. Syeikhul Islam lahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga mulia yang diberkati, yang sarat dengan ilmu dan keutamaan.Seiring dengan kemasyhuran beliau dalam ilmu dan fiqh, Allah SWT, menganugerahkan pula kepada beliau pelbagai sifat terpuji, sehingga beliau dikenali bahkan disaksikan oleh manusia tentang keadaan ini.

Ketika mana beliau sukar untuk memahami sesuatu ayat, beliau terus sujud dan memohon pertolongan dari Allah SWT. Beliau seorang yang sangat tunduk dan tawaduk mentaati perintah Allah SWT, dan sering merendahkan dirinya di hadapan Allah SWT.

Beliau adalah seorang tokoh ulama yang telah muncul pada abad ke-13 dan ke-14. Beliau merupakan seorang pakar dalam perincian fiqh, ijma’ dan ikhtilaf dengan pelbagai hujahnya sehingga orang ramai rasa takjub ketika beliau menyebut tentang masalah-masalah khilaf.

Namun, segelintir masyarakat berasa dengki dan tidak puas hati dengan beliau lalu membuat tuduhan terhadap beliau. Mereka mengatakan bahawa Ibnu Taimiyyah telah menjisimkan Allah SWT. Pelbagai ujian yang beliau tempuhi sehingga digelar seorang yang sesat. Oleh itu bagi mengetahui dengan lebih dekat siapa dia Ibnu Taimiyyah, mari kita baca dengan fikiran yang lebih terbuka. Semoga kita terhindar daripada segala fitnah terhadap pewaris para nabi.

Write a review

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah Sesat

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah Sesat

Penulis : Syeikh Abd Rahman Dimasyiqiyyah