Reduced price! Iktibar Tanah Suci Makkah & Madinah Jilid 2 Expand

Iktibar Tanah Suci Makkah & Madinah Jilid 2

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Haji Zainal Bin Haji Bujang

More details

RM16.15

RM17.00

-5%

Tajuk : Iktibar Tanah Suci (Makkah & Madinah) Jilid 2
Penulis : Haji Zainal Bin Haji Bujang
Harga : RM17.00
ISBN : 9789675274169
Mukasurat : 271
Saiz : 6 x 8in
Berat : 0.21kg

Sinopsis
Banyak kejadian aneh, pelik serta ganjil berlaku di tanah suci Makkah dan Madinah dalam setiap musim haji atau umrah. Ada kejadian yang sengaja Allah timpakan kepada tetamu pilihan-Nya itu sebagai kifarat kepada dosa-dosa yang telah mereka lakukan, Ada kejadian yang bermaksud sebagai ujian daripada Allah s.w.t. bagi menguji kekuatan iman clan taqwa seseorang hamba-Nya itu sebelum Allah kumiakan sebarang keampunan atau sebelum Allah anugerahkannya tingkatan martabat dan darjat yang tinggi dan mulia di sisi-Nya. Tidak kurang juga kejadian-kejadian pelik dan ganjil yang berlaku disebabkan oleh kelancangan, keceluparan atau kemeluluan tutur kata, tingkah laku serta tindak tanduk para jemaah bakal-bakal haji itu sendiri disebabkan oleh misi serta visi hajinya yang samar dan kusam, cetek dan dangkal pengetahuannya, longlai dan londeh penghayatannya atau disebabkan juga oleh gara-gara nafsu mazmumah mereka yang masih liar dan tidak dibendung atau dikawal itu. Dalam buku ini, bakal-bakal haji dihidangkan dengan beberapa paparan sebahagian daripada kisah-kisah tersebut untuk direnungi, dihayati serta diambil iktibar agar mereka tidak mengulangi lagi kesilapan saudara mara dan sahabat handai yang telah melunaskan tuntutan ibadah haji mereka dalam usaha untuk mendapat haji yang mabrur yang Allah janjikan syurga sebagai balasannya itu.

Al-Hidayah menerbitkan pelbagai buku Islam, motivasi dan pembangunan diri yang sesuai untuk semua peringkat pembaca.


Antara topik yang sering mendapat perhatian termasuk fardhu ain, kekeluargaan, pendidikan anak, motivasi dan kerohanian.


BBO Rumah Novel Melayu menyediakan pelbagai buku terbitan Al-Hidayah secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.


Lihat semua buku agama Al-Hidayah di sini

Write a review

Iktibar Tanah Suci Makkah & Madinah Jilid 2

Iktibar Tanah Suci Makkah & Madinah Jilid 2

Penulis : Haji Zainal Bin Haji Bujang