International shipping Secure payment
Penulis : Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
Tajuk : Fiqh : Perbandingan Isu-Isu Fiqh Terpilih
Penulis : Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
Harga : RM50.00
ISBN : 9789830997346
Sinopsis
Buku yang berada di tangan pembaca kali ini adalah sebuah buku yang disusun oleh Dr. Basri bin Ibrahim AI-Hasani AI-Azhari yang bertajuk "Fiqh Perbandingan : Isu-Isu Fiqh Terpilih".
Tujuan penyusunannya adalah untuk mendedahkan para pembaca dengan pandangan-pandangan ulama Islam tentang berbagai-bagai isu yang timbul di dalam masyarakat, dalil-dalil yang menjadi hujah di kalangan mereka, perbahasan ke atas dalil-dalil tersebut, seterusnya mengetahui pendapat yang terpilih berdasarkan kepada dalil dan hujah yang paling kuat di antara pendapat yang diutarakan.
Mudah-mudahan buku ini dapat menyuntik semangat kepada umat Islam untuk membuat kajian di dalam satu-satu isu yang timbul di dalam masyarakat dengan mengemukakan dalil-dalil yang mantap daripada AI-Quran, Al-Hadis, ljmak Ulama, kaedahkaedah fiqh, pendapat-pendapat ulama yang muktabar dan lainlainnya. Supaya dengan itu, tradisi menelaah pendapat-pendapat ulama lain dan mengkaji sebelum menerima pendapat mereka, dapat disebarluaskan di dalam masyarakat, lebih-lebih lagi di kalangan para penuntut ilmu dan lulusan institusi pengajian tinggi yang berlatarbelakangkan pengajian Islam.
Al-Hidayah menerbitkan pelbagai buku Islam, motivasi dan pembangunan diri yang sesuai untuk semua peringkat pembaca.
Antara topik yang sering mendapat perhatian termasuk fardhu ain, kekeluargaan, pendidikan anak, motivasi dan kerohanian.
BBO Rumah Novel Melayu menyediakan pelbagai buku terbitan Al-Hidayah secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.