Reduced price! Panduan Mencari Jodoh Expand

Panduan Mencari Jodoh

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Dr. Kamil Musa

More details

RM8.55

RM9.00

-5%

Tajuk : Panduan Mencari Jodoh
Penulis : Dr. Kamil Musa
Harga : RM9.00
ISBN : 9789675274527

Sinopsis
Memang benar jodoh pertemuan, rezeki dan ajal maut sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Namun begitu, ini tidak bermakna kita hanya perlu berpeluk tubuh menunggu jodoh, rezeki dan maut masing-masing. Kita sebaliknya disuruh berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah untuk mendapatkan apa yang kita hajati di dunia ini.

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Ia menjamin kesucian dan kesinambungan keturunan manusia mengikut landasan yang betul. Malangnya, tidak semua perkahwinan berkesudahan dengan kebahagiaan, banyak yang terkandas di tengah perjalanan. Penceraian berlaku tanpa mengira usia dan latar belakang sosio-ekonomi dan agama. Antara alasan yang sering kita dengar ialah pasangan tidak sesuai, tidak sekufu atau tidak cocok.

Buku "PANDUAN MENCARI JODOH" ini cuba memberi bimbingan dan garis panduan bagi mereka yang ingin mencari jodoh mengikut lunas-lunas Islam. Dengan harapan, akan terbinanya keluarga Islam yang bahagia di dunia dan akhirat.

Buku ini bukan sahaja boleh menjadi panduan teruna dan dara yang sedang mencari bakal pasangan hidup mereka, bahkan ia juga perlu dihayati oleh para ibubapa yang ingin memilih pasangan hidup anak-anak.

Write a review

Panduan Mencari Jodoh

Panduan Mencari Jodoh

Penulis : Dr. Kamil Musa