Reduced price! Rahsia Memikat Suami Al-Hidayah Expand

Rahsia Memikat Suami

Al-Hidayah Al-Hidayah

Al-Hidayah

New

Penulis : Naylil Moena

More details

RM14.25

RM15.00

-5%

Tajuk : Rahsia Memikat Suami
Penulis : Naylil Moena
Harga : RM15.00
ISBN : 9789674392055
Mukasurat : 208
Saiz : 5.5 x 8.25in
Berat : 0.15kg

Sinopsis
Perkahwinan adalah ikatan suci yang menghimpunkan dua makluk Allah SWT yang berlainan jantina. Lelaki dan perempuan sating memerlukan di antara satu sama lain. Lantas Islam mensyariatkan aqad nikah untuk menghalalkan hubungan suami isteri demi menghasilkan zuriat yang halal lagi diberkati. Ikatan suci ini perlu dijaga dan dipupuk dengan nilainilai keimanan berpaksikan tauhid dan berlandaskan syariat. Jika tidak, is akan roboh dan terputus, maka terjadilah perceraian ataupun perpisahan. Untuk menjaga hubungan perkahwinan, kedua-dua belah pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Mereka perlu memiliki ilmu dan kemahiran yang boleh digali menerusi pembacaan dan ceramah-ceramah agama. Tanpa ilmu, manusia akan dipimpin oleh nafsu dan perasaan.

Buku ‘Rahsia Memikat Suami’ ini membekalkan beberapa tip-tip yang berguna buat para isteri khususnya. Ramai di kalangan isteri yang menyangka bahawa mereka sudah berada di zon selamat apabila sudah berkahwin serta sudah mempunyai zuriat. Layanan terhadap suami semakin pudar dan hambar. Mereka terlupa bahawa suami mereka bukanlah Nabi mahupun malaikat. Suami mereka hanyalah manusia biasa yang imannya turun naik. Justeru itu, bagi menjamin keutuhan rumah tangga, para isteri perlu mengetahui beberapa rahsia penting demi keutuhan rumahtangga mereka.

Write a review

Rahsia Memikat Suami

Rahsia Memikat Suami

Penulis : Naylil Moena