Reduced price! 30 Sirah Tokoh Wanita Tabi'in Expand

30 Sirah Tokoh Wanita Tabi'in

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Ahmad Khalil Juma'ah

More details

RM19.00

RM20.00

-5%

Tajuk : 30 Sirah Tokoh Wanita Tabi'in
Penulis : Ahmad Khalil Juma'ah
Harga : RM20.00
ISBN : 9789675274534

Sinopsis
Masa hidup para tabi'in adalah masa yang mempunyai kedudukan istimewa dalam sejarah Islam. Peranannya juga cukup besar dalam perkembangan Islam. Hal ini tidak menghairkan, kerana memang masa itu memiliki ramai ulama besar dan fuqaha yang menghasilkan karya-karya momumental. Karya-karya besar itu dinikmati oleh umat Islam dan seluruh umat manusia sepanjang sejarah.

Para ulama berbeza pendapat tentang definisi tabi'n. Al-Khatib Al-Baghadi mengatakan, "Tabi'in adalah yang bertemu dan hidup bersama sahabat, tidak cukup hanya dengan bertemu. Berbeza dengan sahabat yang sekadar bertemu Rasulullah S.A.W. sahaja sudah cukup untuk menamakan mereka sebagai sahabat. Itu krana keutamaan bertemu, berkumpul dan melihat Rasulullah S.A.W. Semua itu mempunyai pengaruh positif dalam proses membina jiwa dan menyucikan hati. Seseorang tidak boleh dikatan tabi'in jika hanya bertemu seorang sahabt tanpa mengikut dan belajar dalam waktu yang lama bersama mereka".

Buku ini adalah usaha untuk menghimpunkan hadis-hadis tentang wanita-wanita muslimah, kemudian menunjukkan peranan besar mereka dalam sejarah, hingga akhirnya dapat diketahui anatomi keperibadian wanita muslimah. Buku ini juga adalah usaha lanjutan penulis untuk mengetahui susuk wanita muslimah secra lebih mendalam, khususnya mengenai kontribusi mereka dalam bidang keilmuan, kedudukan dan keutamaan mereka; sambil membuka berbagi dimensi keperibadian mereka yang meliputi sastera, hikmah, kata dan sikap-sikap yang dirakam sejarah dan yang laim.

Insya Allah, semua maksud di atas akan wujud dalm sebuah buku yang berisi 30 biografi tokoh-tokoh wanita. Setiap biografi adalah layaknya satu dunia tersendiri dengan warisan yang tidak akan dilupakan umat dan sejarah. Menjadi demikian kerana perjalanan hidup mereka memiliki erti yang sangat bernilai dan meninggalkan bekas yang positif dalam ingatan sejarah dan realiti kehidupan.

Write a review

30 Sirah Tokoh Wanita Tabi'in

30 Sirah Tokoh Wanita Tabi'in

Penulis : Ahmad Khalil Juma'ah