International shipping Secure payment
Penulis : Agus Susanto
Tajuk : Islam Larang Kenapa?
Penulis : Agus Susanto
Harga : RM17.00
ISBN : 9789674392963
Sinopsis
Emas dan sutera adalah haram dipakai oleh lelaki. Daging babi itu haram dimakan. Begitu juga arak atau minurnan yang memabukkan yang lain juga haram. Banyak lagi larangan yang telah ditetapkan dalam hukum Islam. Kenapa perlu adanya larangan yang sebegini? Malah ada golongan tertentu menganggap larangan seperti ini menyusahkan.
Sebenarnya semua larangan ini bukan untuk menyusahkan atau menyukarkan kehidupan manusia. Tetapi di sebalik semua larangan ini terdapat hikmah yang besar untuk manusia itu sendiri. Hikmahnya boleh dilihat dari sudut kesihatan zahir mahupun batin.
Menariknya buku ini mengupas dengan terperinci hikmah di sebalik pengharaman dan larangan yang telah ditetapkan dalam agama Islam. Beberapa larangan hikmahnya dipetik terus daripada Al-Quran dan hadis. Malah ada juga larangan yang telah dibuat kajian sains terhadapnya dan nyata benar kesan buruk yang akan dihadapi oleh mereka yang melanggar larangan itu.
Jadi apa tunggu lagi, miliki dan baca buku ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan larangan dan hikmah di sebalik larangan berkenaan. Selamat membaca.
Al-Hidayah menerbitkan pelbagai buku Islam, motivasi dan pembangunan diri yang sesuai untuk semua peringkat pembaca.
Antara topik yang sering mendapat perhatian termasuk fardhu ain, kekeluargaan, pendidikan anak, motivasi dan kerohanian.
BBO Rumah Novel Melayu menyediakan pelbagai buku terbitan Al-Hidayah secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.