International shipping Secure payment
Penulis : As’adi Muhammad
Tajuk : Rahsia Perbezaan Otak Lelaki Dan Otak Wanita
Penulis : As’adi Muhammad
Harga : RM10.00
ISBN : 9789670268460
Mukasurat : 158
Berat (kg) : 0.2
Saiz (inci) : 6 x 8
Sinopsis
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (Al-Tin: 4
Begitulah hakikat penciptaan manusia antara yang dijelaskan di dalam Al-Qur’an. Penciptaan makhluk bernama manusia ini begitu istimewa sekali. Manusia ini dikurniakan dengan akal dan nafsu. Otak pula adalah antara organ manusia yang terpenting selain jantung. Tanpa akal yang sihat dan waras, otak tidak mampu berfungsi dengan sempurna dan ini amat besar pengaruhnya terhadap perlakuan dan peribadi seseorang.
Apa yang manarik adalah terdapat perbezaan di antara otak lelaki dan wanita.
Inilah yang diketengahkan di dalam buku ini. Terdapat perbezaan nyata dalam kecenderungan, kemahiran dan pemikiran di antara lelaki dan wanita. Mungkin ini boleh dirungkai persoalannya dengan membaca buku yang menarik ini. Pasti jawapannya membuat anda lebih kagum dan bersyukur dengan kehebatan ciptaan Allah S.W.T.
Semoga itu akan sentiasa terpahat di hati kita untuk lebih merendah diri dan beribadah kepada Allah Yang Maha Menciptakan.
Al-Hidayah menerbitkan pelbagai buku Islam, motivasi dan pembangunan diri yang sesuai untuk semua peringkat pembaca.
Antara topik yang sering mendapat perhatian termasuk fardhu ain, kekeluargaan, pendidikan anak, motivasi dan kerohanian.
BBO Rumah Novel Melayu menyediakan pelbagai buku terbitan Al-Hidayah secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.