Reduced price! Kelahiran Manusia Klon Pertama Expand

Kelahiran Manusia Klon Pertama

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Imam Musbikin 

More details

RM19.00

RM20.00

-5%

Tajuk : Kelahiran Manusia Klon Pertama
Penulis : Imam Musbikin
Harga : RM20.00
ISBN : 9789670268279
Mukasurat : 328
Berat (kg) : 0.4
Saiz (inci) : 6 x 8

Sinopsis
Disember 2002, dunia digegarkan dengan berita kelahiran Eve, manusia klon pertama. Sebelumnya , pengklonan hanya dilakukan ke atas tumbuhan atau haiwan sahaja. Lebih menggemparkan lagi, pengklonan yang dilakukan kepada Eve itu berasal dari embrio tiga orang mati, termasuk seorang budak perempuan berusia 10 tahun bernama Cady menemui ajal dalam kemalangan jalanraya di Amerika Syarikat.

Melalui teknologi pengklonan, sesiapa sahaja boleh diduplikasi. Albert Einstein, si supergenius atau Raja Pop Michael Jackson, boleh “dihidupkan” semula. Serupa cuma berbeza generasinya. Teknik pengklonan juga memungkinkan doktor mengenalpasti penyebab keguguran dalam tempoh yang singkat, menganalisa pertumbuhan sel kanser dan mendorong kepada kemajuan dalam penyelidikan masalah penuaan, genetik serta perubatan dan penyembuhan.

Buku ini mengupas secara menyeluruh masalah pengklonan manusia bukan hanya dari satu sudut. Banyak aspek dan tinjauan diambil kira, bermula dari kedoktoran, moral dan etika, peradaban manusia, sosial dan juga agama. Begitu terperinci, lengkap, didatangkan dengan data dan ketajaman analisanya. Membaca buku ini tidak hanya akan meluaskan cakrawala pengetahuan dan wawasan kita tentang pengklonan tetapi sekaligus, hikmahnya yang mampu membawa kita untuk meneguhkan kekuatan jiwa dan spiritual kita terhadap Yang Maha Kuasa.

Write a review

Panduan Mencari Suami Soleh & Isteri Solehah

Penulis : Dr. Kamil Musa