International shipping Secure payment
Hak Milik Terindah ialah novel romantik Melayu karya Moonjni yang mengisahkan Hurin Nisreena dan Farhan Hudzaifah dalam perjalanan penuh luka, fitnah dan dendam. Setelah enam tahun dipisahkan oleh rahsia dan salah faham, pertemuan semula membuka peluang kedua yang menguji keikhlasan, kepercayaan dan keberanian untuk memaafkan.
Untuk pembaca yang sukakan novel second chance romance, cinta penuh luka, kisah fitnah dan dendam, hero terluka, rahsia masa lalu serta perjalanan mencari bahagia selepas kehilangan.
Warning: Last items in stock!
Availability date:
Hak Milik Terindah ialah novel romantik Melayu karya Moonjni yang mengangkat kisah cinta penuh emosi antara Hurin Nisreena dan Farhan Hudzaifah. Dipisahkan oleh fitnah, salah faham dan dendam yang berlarutan selama bertahun-tahun, mereka akhirnya dipertemukan semula dalam keadaan yang jauh berbeza. Namun, masa tidak pernah benar-benar memadamkan luka. Novel ini membawa pembaca menyelami konflik keluarga, peluang kedua, keikhlasan dan perjuangan untuk membina semula kepercayaan yang pernah musnah.
Waktu adalah hakim yang bisu, menghukum tanpa kata, menghitung tanpa belas.
Ada masanya luka tidak sembuh dengan waktu. Ada maaf yang hanya menjadi angin lalu, tidak pernah singgah di hati yang keras membeku.
Dia hanya menginginkan seorang pelindung tatkala kehilangan lelaki yang bernama ayah. Namun lelaki yang diharap menjadi perisai akhirnya menjadi tangan yang meranapkan seluruh sisa bahagianya.
“Aku takkan relakan diri aku untuk masuk dalam neraka tu lagi. Tolonglah padam niat kau untuk buat hidup aku hancur. Aku bukan punca kematian dia.” – Hurin Nisreena
Fitnah itu seperti ribut yang menggila, menyapu bersih setiap helaian impiannya. Dia pergi bukan untuk lari, tetapi untuk menyulam semula jiwanya yang robek oleh luka semalam.
Namun, pertemuan sekali lagi membuka rahsia yang tersembunyi darinya selama enam tahun.
“Kau tahu aku berdendam pada kau sebab apa. Tapi kenapa kau kunci mulut untuk beritahu aku hal sebenar? Kenapa kau tak jujur dengan aku dari awal?!” – Farhan Hudzaifah
Benarkah peluang terakhir bukan sekadar hadiah tetapi ujian?
Dalam kisah ini, dendam telah menang. Ia merampas segala yang pernah ada, meninggalkan hanya sepi dan kekosongan.
Sejauh mana hati mampu belajar daripada kesilapan? Seberapa dalam keikhlasan untuk berubah?
Ia bukan tentang mengulangi semula apa yang pernah ada, tetapi tentang mencipta sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya.
“Sekeras mana pun kau nakkan sesuatu tu. Kau memang takkan dapat. Tolonglah berpijak di dunia nyata. Tak semua benda yang kau nak, kau akan dapat.”
Novel Romantik Melayu, Drama Keluarga, Cinta Peluang Kedua, Konflik Emosi, Dendam dan Pengampunan.
| Penulis | Moonjni |
| Genre | Romantik Melayu |
| Penerbit | Fajar Pakeer |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Tahun Terbitan | 2025 |
Fajar Pakeer merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya penuh emosi, kekeluargaan dan konflik kehidupan yang dekat dengan pembaca tempatan.
Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan pelbagai novel terbitan Fajar Pakeer dengan harga menarik serta pilihan genre seperti cinta, kekeluargaan, drama dan motivasi kehidupan.
Semua buku dihantar dengan pembungkusan rapi ke seluruh Malaysia.