novel ini adalah antara novel favourite saya. novel ini mengisahkan sepasang suami isteri (hanif dan hannan) yang terpaksa bercerai pada ketika inai masih merah kerana hubungan yang tidak direstui oleh ibu mertua. hannan membawa diri setelah berpisah.
takdir Allah telah menemukan kembali pasangan ini kerana sepotong nama bakal anak yang pernah mereka rancangkan didengari semula oleh hanif setelah sekian lama terpisah.
setelah itu bermulalah episod di mana hanif ingin kembali kepada hannan beralasankan abid memerlukan ayahnya. pada ketika hanif berusaha untuk kembali, hannan sudah mempunyai izz arman khair yang ada ketika susah senangnya tanpa suami di sisi.
bijaknya hanif menggunakan modal anaknya abid untuk kembali pada hannan. apakah pilihan yang hannan ada? mengikut permintaan abid atau kata hatinya sendiri! hannan tidak rela kembali kepada hanif, izz arman khair tidak mahu mengecewakan abid yang mahukan ayah dan ibunya bersatu kembali.
saya bagi 4 bintang untuk karya ini dan sukakan perwatakan hannan sebagai ibu tunggal yang tegas dengan prinsipnya dan ketabahan hannan membesarkan abid tanpa suami di sisi.
Ulasan daripada
Fiffy