Setulus janji merupakan sebuah karya Aina Emir yang sangat meninggalkan kesan dalam jiwa saya. Perasaan sedih dan gembira bercampur-baur sepanjang membaca karya ini. Kemelut yang mereka lalui terasa seperti diri ini yang melaluinya dan kadangkala kisah cinta mereka juga mebuatkan pembaca tersenyum sendirian. Mari kita ikuti kisah Ilham dan Insyirah yang terus percaya pada takdir Allah walaupun pelbagai halangan datang melintang.

Mengisahkan tentang Insyirah dan abang angkatnya Ilham, seorang doktor pakar ortopedik yang membesar bersama-sama dan dalam masa yang sama sebenarnya memendam perasaan suka dan sayang antara satu sama lain sejak kecil namun masing-masing takut untuk meluahkan bimbang kasih yang hadir hanya bertepuk sebelah tangan. Takdir Allah, mereka pun berkahwin dan hidup bahagia sehinggalah halangan datang menyapa. Kehadiran Juwita, bekas tunang Ilham memporak-perandakan kehidupan mereka suami isteri. Sayangnya, mahligai mereka tidak dapat diselamatan lagi. Lantas, Insyirah membawa anaknya, Adila membawa diri ke Manchester untuk menyambung pelajaran dalam peringkat PhD.

Namun, tertulis jodoh di Loh Mahfuz, sejauh mana Insyirah lari membawa diri, takdir tetap mempertemukan mereka dan kasih pun bertaut kembali.Segala-galanya terungkai selepas bertahun-tahun hanya bulan dan bintang yang menjadi pendengar setia rintihan hati mereka. Sesungguhnya, Allah SWT adalah sebaik-baik perancang dalam mengatur segalanya.

"Tanpa lafaz pun ku tahu kau akan datang pada tika dan saatnya"

Ulasan daripada :

Nurul Eifa Raihanah Binti Zamhuri / Eifa Hana
FB : Eifa Raihanah
Twitter : @raihanahzamhuri