Buku ini sebenarnya simple tapi padat. Dan ia membuat saya gerun. Gerun kerana isu-isu yang diceritakan. Apa yang dikatakan padat, selain isu-isu. Ilmu2 juga banyak dikongsikan. Dari buku ini, percaya atau tidak, kita boleh dapat ilmu penulisan, bahasa, rumahtangga, persilatan, politik dan sebagainya. Apa yang tak tahu, jadi tahu. Boleh dikatakan buku ini agak sinis juga sebenarnya.

Selain itu, Isu yang paling yang saya gerun adalah, isu 'ayam' dan 'sembelih'. Paling dashyat apabila 'ayam itu rela disembelih' atas dasar cinta kononnya, minat, ada juga memberi alasan dendam terhadap lelaki, ada juga kononnya memegang pada konsep feminis, jadi dia juga mengambil tindakan menyembelih kembali, yakni mengikis. Jadi, boleh teka tak, apa maksud ayam? Dan apa maksud sembelih? Siapa yang sembelih? Buayawan!

Bukan apa, nk cerita terang2 pun, rasa gerun, malu, kecewa, bercampur baur sangat. Sebab saya percaya, hakikat realiti memang ada terjadi macam ni. Lebih2 lagi bila ia melibatkan golongan2 yang sepatutnya boleh diharapkan, dipercayai dan berilmu. Belum cerita lagi, ahli politik yang menyalahgunakan kuasa dan mengunakan agama untuk mendapat kepercayaan dan sebagainya.

Akhir sekali, buku ini bagus. Cumanya, saya agak kecewa sikit pengakhiran. Bukan pasal ending bahagia ke tak? Tapi, terhadap isu2 di atas, tiadakah penyelesaiannya? Apa yang terjadi pad buayawan2 itu? Kenapa perlakuan mereka tidak dilaporkan di mana3 pihak. Jadi mesejnya tergantung di situ. Apa-apapun, mungkin Penulis mahu pembaca lebih buka minda dan dari buku ini, ia mengajar kita untuk lebih bijak memilih yang mana baik atau jahat. Paling penting, bagaimana kita memilih untuk melindungi diri sendiri? Semoga Molek!

Rating : 3.5 ***

Ulasan daripada
Didi Hamad
FB : Diyanah Rahmat