Novel ini merupakan satu karya yang penuh dengan informasi. Bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi banyak informasi yang boleh dipelajari. Jalan penyampaian cerita yang santai sehingga membuatkan saya tersenyum sendirian ketika membacanya. Sekali beli memang tak rugi.

Boleh diulang berkali-kali dan tidak jemu untuk terus membacanya. Pertama kali membaca novel Perempuan Paling Bahagia karya Syamnuriezmil membuatkan saya lupa dengan keadaan sekeliling.

Sekali dah buka novel ni memang tak boleh berhenti baca. Watak Arissa yang bersahaja dan lurus sangat menarik digandingkan bersama watak Rafa yang suka mengusik. Sangat kelakar bila tiba-tiba munculnya gelaran Neng dan Pak Encik setelah ketibaan Baby Rayyan si anak gajah. Di situlah di mana bermula segala kisah suka dan duka di mana perasaan geram, marah dan bahagia muncul di dalam diri pembaca.

Nak tau ending novel ni? Haa jom beli kat bookstore atau melalui Beli Buku Online (saya pun dapatkan novel ni melalui BELI BUKU ONLINE Website). Confirm tak menyesal beli.

Ulasan daripada :

Nama : Chokichokobi
FB : Nurul Good
https://minahchokichokobi.blogspot.com