Bila tutup je buku. Rasa nak bangun dan tepuk tangan pula. Hahaha. Suka sangat buku macam ni. Boleh dikatakan novel ilmiah sebab banyak info dan unsur pengajaran dalamnya. Tapi yang pasti, bila baca pun memang dah jadi paranoid sama. .

Buku ni pun sesuailah bagi sesiapa yang suka ambil tahu pasal yahudi, zionis, freemason, konspirasi dan seumpamanya. Memang kita pun akan rasa teruja. Secara tak langsung, otak pun berjalan. Haha. .

Erm...walaupun bila tengah-tengah tu ada part yang bosan tapi penulis pandai rancakkan balik suasana. Jadi, bagi saya boleh dimaafkan lagilah. .

Suka sekali bila bab akhir. Sebab masa tu kita tersedar yang kita sebenarnya sudah dijangkiti virus 'PARANOID' ???????????? .

Buku ni sesuai untuk golongan remaja dan dewasa. Suka sangat kalau golongan remaja pun ambil tahu tentang hal-hal konspirasi ni. Lebih-lebih lagi ada kaitan dengan peristiwa akhir zaman. Tapi ada sesetengah tu, nak nasihat awal-awal ni, yang baik kita ikut, yang tak baik dan meragukan kita tinggalkan. .

Sekian saja review tak seberapa dari saya. .
Rating : 5 *****
Daripada :
Didi Hamad
FB : Diyanah Rahmat