Penceritaan Novel Kekasih Halal berbeza bagi aku dan ada kejutan yang memang aku tak jangka.

Lutfa sebagai seorang anak yang patuh dengan ibu bapanya telah berkahwin dengan anak kawan Mamanya. Hatinya memang memberontak yelah umur baru 20 tahun dah disuruh kahwin, dah tu tengah menyambung pelajaran. Kebetulan pulak suaminya ni student medik final year di Universiti yang sama. Sorok macam mana pun statusnya sebagai isteri orang, akhirnya diketahui jugaklah oleh teman-teman rapatnya. Feroz samalah jugak dengan si Lutfa ni berkahwin atas kehendak ibu bapanya. Dia terpaksa akur dan tidak membantah.

Lutfa dan Feroz masih meneruskan pembelajaran seperti biasa. Perkahwinan yang diatur keluarga ni ambil masa jugak untuk mengenali hati budi masing-masing. Feroz dengan sifat seorang suami yang romantik tetap melayan Lutfa walaupun Lutfa tidak dapat menerimanya sebagai suami.

Sekeras-keras hati seorang perempuan akhirnya Lutfa ni menerima cinta kekasih halalnya, iaitu Feroz. Okey.. tengah-tengah diorang bahagia ni memang akan muncul watak jahat yang nak memusnahkan kebahagiaan diorang ni. Irin! Siapa Irin, dialah kekasih si Feroz ni sebenarnya.

Lutfa menyedari dia tertipu dengan lakonan Feroz yang menyayangi dengan penuh romantis. Rahsia terbongkar apabila Lutfa terjumpa thumb drive yang menyimpan seribu satu rahsia hubungan antara Irin dan Feroz. Waktu ni Lutfa dah berbadan dua. Sebelum ni memang Lutfa ada suspek ada sesuatu yang tak betul antara Feroz dan Irin ni, tapi Feroz berjaya meyakinkan Lutfa mempercayainya. Tapi rahsia dalam thumb drive tu telah membuat Lutfa hilang kepercayaan terhadap Feroz.

Kebenciaan Lutfa sebenarnya adalah kemenangan kepada Irin dan Feroz. Feroz tetap meneruskan tanggugjawabnya sebagai suami kerana dia mempunyai motif terhadap Lutfa. Sampai satu ketika Feroz menyedari Lutfa adalah jodohnya dan KEKASIH HALAL untuknya.

So agaknya macam mana ending cerita ni? Mesti korang tertanya-tanya apa isi kandungan dalam thumb drive tu kan? Apa sebenarnya motif Feroz berkahwin dengan Lutfa? Bila kepercayaan Lutfa dikhianati berjayakah Feroz menawan semula hati Lutfa setelah menyedari jodohnya sebenar adalah Lutfa. Korang akan terkejut apabila ada kisah-kisah silam yang sebenarnya berkait rapat dengan jalan cerita ni. Siapa pula Irin yang dikenali Feroz semasa zaman kanak-kanaknya?

Kalau korang baca novel ni pastikan korang fokus, jangan gopoh-gapah sangat nak abiskan. Sebab ada plot-plot dalam novel ni banyak mengimbas kembali memori silam. Tapi masih tak mengganggu jalan cerita. Yelah aku sendiri tengah khayal baca novel ni tetiba pulak ada flashback cerita lain huhuhu… Tapi masih dapat diselamatkan oleh teknik penceritaan penulis yang memang tip top.

Novel ni setebal 610 mukasurat terbitan Fajar Pakeer. Bagi sesiapa yang belum baca novel ni dapatkan segera kat kedai-kedai buku memang aku highly recommend buat peminat novel tegar.

Ulasan daripada :
Nama : Mohamad Rosdy Dahri/Adhie
FB : Mohamad Rosdy Dahri