Cerita bermula dengan Nurissa Rose yang baru terjaga dari koma dan lupa terus siapa diri dia. Dia hilang ingatan segalanya tentang diri dia. Cuma di beritahu nama dan lelaki yang menjaganya adalah bapanya.

Dia meneruskan kehidupan dengan kembali ke kolej, buat kawan baru. Tapi dia kerap bermimpi tentang En Duri. Suara itu, kerap menyapa tidurnya dan buat dia menangis dalam tidur. Kiriman rose putih tanpa pengirim buat dia tertanya, siapa dia sebenarnya. Dengan lidah yang mampu menyebut bahasa Itali dan memahaminya!

Kebenaran mula terselak bila bapa Nurissa meninggal dan segala harta diserahkan kepada Dheo Han, lelaki yang dikatakan gay dengan bodyguard sendiri, dan bertindak ganas dengan wanita. Pemilik hotel berbangsa Cina, tapi berkulit tanned. Lelaki itu membuatkan nurissa terpaksa bekerja sebagai housekeeper di penthouse hotel jika ingin terus tinggal di rumah yang bapanya telah gadaikan.

Satu satu kebenaran terbuka. Siapa Dheo Han yang sebenarnya? Siapa En Duri? Kenapa Nurissa dikatakan "She is Dheo's"? Milik Dheo Han.

Jangan terlalu teruja dengan kebenaran, kerana ia mungkin pahit.

Ulasan daripada
Hanys Jehari
FB : Hanys Jehari