Apakah yang dirasakan apabila lelaki yang dipuja dari jauh selama 3 tahun dan disangka mustahil untuk bertemu akhirnya muncul di depan mata? Itulah yang dirasakan Hana Sofea apabila Syed Haydar, CEO Nazim Construction yang sering di 'stalk' di laman Twitter akhirnya dipertemukan dalam sebuah pesawat yang menerbangkan mereka ke Kota London. 13 jam masa untuk mengenali Haydar, 13 jam masa untuk 'mengembara' pesawat bersama Haydar, 4 jam menjadi kekasih kayangan Haydar dan 4 jam menjadi kokain buat Haydar membuatkan Hana Sofea tidak ingin kembali menjejak bumi.

Namun sayangnya, tatkala pesawat mendarat, Hana bukan lagi siapa-siapa bagi Haydar. "Sorry Hana, I can't have cocaine all the time" .
Hati Hana hancur berkecai apabila melihat si taikun muda itu berjalan bersama kekasihnya si model jelita.

Di London, Hana dipertemukan dengan seorang jutawan muda kacukan Arab-Inggeris-Melayu bernama Fawwaz Husaini. Bersama Fawwaz, Hana belajar menjadi ibu kepada Emmel,anak perempuan Fawwaz, Hana belajar untuk menjadi seorang 'muslim' dan Hana belajar mengenal erti hidup.

Kehadiran Fawwaz yang kuat pegangan agamanya membuat Hana tekad untuk melupakan Haydar. Namun, disaat bahagia baru sementara Haydar kembali menagih kasih untuk menjadikan Hana yang halal buatnya.
" Haven't i told you Hana, I'm a snake in a grass.Saya akan cari awak sampai dapat"

Siapakah pilihan Hana Sofea dan adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?

.....dan Dialah yang mengetahui jiwa setiap hamba-Nya..

Ulasan daripada

EifaHana:)