Peminat Ramlee Awang Murshid pasti gembira kerana novel terbarunya Legasi Tombiruo bakal berada di pasaran pada Disember 2017.
BBO juga tidak ketinggalan untuk mempromosikan naskah hebat Ramlee Awang Murshid ini dan PRE-ORDER dibuka sekarang juga. BBO juga membuat tawaran istimewa dengan memberi diskaun 25% kepada rakan-rakan yang membuat PRE-ORDER sekarang.
Jadi ambil peluang ini segara dan nikmati penjimatan 25%.
Petikan diambil dari FB Buku Prima
LEGASI TOMBIRUO, KARYA KE-28 NOVELIS THRILLER NO.1 MALAYSIA RAMLEE AWANG MURSHID KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN!
NOVEL LEGASI TOMBIRUO adalah karya ke-28 karya RAMLEE AWANG MURSHID selepas novel terdahulu ANDING AYANGAN. Novel yang dihidangkan kali ini terhasil dari lewat novel beliau, iaitu TOMBIRUO TERAKHIR. Cerita kali ini adalah anjakan 10 tahun ke hadapan ketika Amaruddin (Ejim) sudah cukup selesa mengharungi kehidupan berkeluarga di Tanah Semenanjung atau lebih tepatnya di daerah Sepang, Selangor. Sebuah tempat yang sangat jauh dari daerah pedalaman Keningau.
LEGASI TOMBIRUO mengisahkan Amaruddin masih tidak boleh melupakan asal-usulnya. Selepas 10 tahun, Semangat Hutan muncul semula dalam jelmaan bapanya, Pondolou. Semangat Hutan bagaikan seekor saka yang sentiasa mencuri peluang untuk merasuki jiwa Amaruddin. Pelbagai kejadian pembunuhan berlaku dengan kejam di Kuala Lumpur dan Amaruddin dapat melihatnya dengan mata fikiran. Igauan ini mengganggu lena Amaruddin pada setiap malam.
Novelnya kali ini, RAMLEE AWANG MURSHID banyak memasukkan elemen-elemen pertarungan, pencak silat, sains fiksyen, unsur halunisasi, nilai-nilai agama dan sikit cinta untuk mencantikkan lagi jalan ceritanya. Namun unsur-unsur thriller dan nilai-nilai kemanusiaan sangat kuat dalam novel terbaru ini. Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya.
Sinopsis
EJIM atau nama barunya Amaruddin telah lama meninggalkan dunia TOMBIRUO setelah mendirikan rumah tangga bertahun-tahun lamanya. Kini dia hidup bahagia bersama isteri tersayang Siti Nurhaliz dan anak tunggalnya Suriani. Bagaimana pun kebahagiaan yang dikecapi tercalar tatkala Semangat Hutan muncul semula dalam jelmaan bapanya, Pondulou. Bahkan menerusi mata fikirannya, Amaruddin sering melihat pembunuhan kejam. Amaruddin pun memutuskan untuk memburu pembunuh itu yang bermaharajalela di ibu kota Kuala Lumpur.
Diana seorang peguam biasa dan Sarah seorang wartawan jenayah Sinar Harian telah bertemu dengan Amaruddin menerusi satu kejadian tragis. Mereka bersepakat bergabung tenaga untuk membanteras penjenayah yang tampil dengan imej TOMBIRUO namun diubahsuai mengikut cara moden. TOMBIRUO hutan batu ini rupa-rupanya bukan calang-calang pembunuh. Manusian bertopengkan wajah dewa itu sangat handal sehingga berupaya mengalahkan ketiga-tiga mereka ini.
Siapa sebenarnya TOMBIRUO baru inn? Kenapa dia tega melakukan pembunuhan? Apa hubungannya dengan Amaruddin selaku mantan TOMBIRUO Hutan Keningau? Siapa sebenarnya pewaris legasi TOMBIRUO selanjutnya? Semua persoalan ini akan terjawab dalam karya mutakhir RAMLEE AWANG MURSHID dengan adegan-adegan saspens yang diadun kemas dengan nilai-nilai kekeluargaan, agama dan cinta.