Reduced price! Seri Di Laman Hati Expand

Seri Di Laman Hati

Penulisan2u Penulisan2u

FP

New

Penulis : Zara Farida

More details

RM24.70

RM26.00

-5%

Tajuk : Seri Di Laman Hati
Penulis : Zara Farida
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-2102-30-4
Mukasurat : 640

Sinopsis
Harris nekad. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencantas prinsipnya. Amanah yang dipegang mesti dilaksanakan. Dalam resah memikul amanah, mencari wajah-wajah yang dirindui, ketenangannya dicuri. Kehadiran Seri Nur Anissa sebagai pembantu di rumahnya mencuri sedikit tumpuan Harris.
"Betul awak dah kahwin?" - Harris
"Betul encik, saya dah ada dua orang anak." - Seri
Harris meragui kenyataan itu. Keraguan Harris membawanya untuk menyiasat siapa sebenarnya Seri. Benarkah dakwaan gadis itu dia sudah beranak dua? Kebenaran akhirnya terbongkar. Harris juga bertemu kembali dengan insan yang dicari selama ini.
"Ada apa encik telefon saya ni?" - Seri
"Tak ada apa-apa, saja nak dengar suara Seri. Maklumlah, dah empat hari tak dengar, rindu pula." - Harris

Hati mula berlagu rindu. Kenangan hitam semalam memaksa Seri menepis segala suara rindu yang datang berbisik di jiwa. Apakah cinta Harris terbalas sedangkan Seri masih berdendam dengan keluarganya?
"Kesalahan kau terlalu besar terhadap orang tua dan adik-adik aku." - Seri
Tanpa diduga, Fahmi, anak angkat ibunya yang sudah lama terpisah hadir membawa lamaran.
"Adakah Anissa menerima saya dengan hati yang ikhlas?" - Fahmi
"Demi emak dan adik-adik saya..." - Seri
Harris atau Fahmi? Antara dendam atau kasih sayang? Mana yang menjadi pilihan Seri?



Penulisan2u merupakan antara penerbit novel Melayu yang terkenal dengan karya-karya yang dekat dengan jiwa pembaca tempatan.


Pelbagai genre menarik ditawarkan termasuk novel cinta, kekeluargaan, konflik kehidupan, motivasi dan emosi yang menyentuh hati.


Di BBO Rumah Novel Melayu, anda boleh mendapatkan koleksi buku terbitan Penulisan2u secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia serta pembungkusan yang rapi dan selamat.


Lihat semua novel Penulisan2u di sini

Write a review

Utusan Cinta Buat Adam

Penulis : Myra Ameer