PROMOSI NOVEL

ADAPTASI DRAMA TERKINI

Reduced price! New Detak Expand

Detak

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

Fajar Pakeer

New

Penulis : Ombak Pantai

More details

RM21.85

RM23.00

-5%

Tajuk : Detak
Penulis : Ombak Pantai
Harga : RM23.00
ISBN : 9789838220491

Sinopsis
“Kau tak layak jadi isteri aku, tubuh kau dah disentuh” – AQHAR ISKANDAR

Ikutkan hati mahu saja dia menampar lelaki itu, tetapi akalnya melarang. Hanya senyuman mampu diberikan atas penghinaan yang merendahkan dirinya.

Kalau bukan sebab masing-masing tak nak bantah permintaan mak dan mama. Penyatuan ini tidak akan terjadi. Menjadi pengantin untuk manusia bernama Aqhar Iskandar bukanlah impiannya.

Nazeera Kasturi dan Aqhar Iskandar. Dua manusia bagai langit dan bumi. Menyandang sebagai Puan Muda di Ladang Paduka bukan sesuatu yang mudah. Nazeera perlu berhadapan dengan ketaksuban Aqhar dalam membanteras jenayah di kawasan sempadan hutan.

Pandangan mata, dia nampak saja rapuh, tetapi disebalik kerapuhan itu tersimpan satu rahsia. Ternyata dia bukan gadis sembarangan.

Saat sindrom jatuh cinta melanda tembok hati Aqhar dan Nazeera, saat itu juga… bahaya yang menanti bukan calang-calang. Andai tersilap, kematian menjadi galang ganti.

Tegakah Aqhar membabitkan Nazeera demi kepentingan dirinya?

Nazeera, masih mampukah menerima Aqhar dalam hidupnya apabila mengetahui hidup lelaki itu yang sentiasa dikejar bayangan maut.

“Ira tak nak pertaruhkan nyawa Ira kat sini. Abang mungkin dah terbiasa dengan semua ini. Tapi tidak Ira. Please… Jangan kongkong Ira lagi. Ira tak ada kaitan dengan kerja abang.” – NAZEERA KASTURI

Merelakan yang sudah bersarang di hati, bukannya mudah. Tapi, bila nyawa menjadi taruhan, kata terakhir adalah melepaskan.

Write a review

Detak

Detak

Penulis : Ombak Pantai