Reduced price! Rahsia Alam Malaikat Expand

Rahsia Alam Malaikat

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Ust. Abd. Salam Basok Al-Haj

More details

RM13.30

RM14.00

-5%

Tajuk : Rahsia Alam Malaikat
Penulis : Ust. Abd. Salam Basok Al-Haj
Harga : RM14.00
ISBN : 9789830994598
Mukasurat : 219
Berat : 0.57kg
Saiz : 5.5 x 8in

Sinopsis
Malaikat merupakan sebahagian di antara makhluk-makhluk Allah yang juga menerima tanggungjawab seperti jin dan manusia. Mereka tidak berkuasa melakukan sesuatu kecuali yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Para malaikat akan menghadapi kematian, namun Allah menganugerahkan kepada mereka umur yang sangat panjang. Manusia dilarang mensifatkan mereka dengan sesuatu yang akan mempersekutukan Allah seperti yang telah diyakini oleh kaum-kaum terdahulu.

Malaikat dapat menyerupai manusia sesuai dengan bentuk yang diinginnya. Para malaikat juga mempunyai kemampuan untuk mengisi ruang langit dan bumi. Di antara mereka, ada yang menjadi utusan Allah kepada manusia. Ada juga yang menjalankan tugas untuk menjaga Arsy, berbaris-baris dengan saf-saf mereka, menjaga syurga, menjaga neraka, menarik awan-awan di langit , menulis amalan manusia dan lain-lain. Kesemuanya menunjukkan betapa besarnya rahsia keagungan Allah disebalik penciptaan malaikat.

Semoga buku ini dapat memberikan sumbangan pengetahuan terhadap rahsia alam malaikat, sehingga menambahkan lagi keimanan dan keyakinan seseorang terhadap kekuasaan Allah.

Al-Hidayah menerbitkan pelbagai buku Islam, motivasi dan pembangunan diri yang sesuai untuk semua peringkat pembaca.


Antara topik yang sering mendapat perhatian termasuk fardhu ain, kekeluargaan, pendidikan anak, motivasi dan kerohanian.


BBO Rumah Novel Melayu menyediakan pelbagai buku terbitan Al-Hidayah secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.


Lihat semua buku agama Al-Hidayah di sini

Write a review

Rahsia Alam Malaikat

Rahsia Alam Malaikat

Penulis : Ust. Abd. Salam Basok Al-Haj