Reduced price! The Power Of Miskin! Expand

The Power Of Miskin!

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Rahmat H.M. ,Fahrizal Al-Boncelli

More details

RM13.30

RM14.00

-5%

Tajuk : The Power Of Miskin!
Penulis : Rahmat H.M. ,Fahrizal Al-Boncelli
Harga : RM14.00
ISBN : 9789675984761
Mukasurat : 193
Berat (kg) : 0.4
Saiz (inci) : 6 x 8

Sinopsis
“Jika anda orang kaya maka bacalah buku ini. Semoga anda teringat bahawa harta kekayaan anda boleh menjadi penghalang besar jalan ke syurga. Jika anda orang miskin maka bacalah buku ini. Semoga anda teringat bahawa orang miskin pun mempunyai peluang yang besar untuk menggapai syurga. Syurga orang miskin.”

Bukan agenda utama buku ini ditulis untuk menyarankan supaya kita hidup dalam kemiskinan. Dan bukanlah juga momokan untuk kita yang kaya raya bahawa kaya itu menakutkan dan menjauhkan kita daripada syurga. Tetapi yang sebenarnya adalah akibat yang terletak kepada kedua-dua situasi ini. Kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran begitu juga dengan kekayaan.

Bagaimana cara untuk kita menghindarkan daripada lalai dengan harta kekayaan. Dan bagaimana pula cara menghindarkan kemiskinan yang membawa kepada kekufuran. Buku ini memberikan sinar kebahagiaan kepada mereka yang serba kekurangan dalam kehidupan mereka agar sentiasa bersyukur dan teguh berada di atas landasan yang benar. Dan ia juga memberi nafas segar untuk mereka yang serba cukup dan mewah hidupnya agar beringat bahawa kita adalah milik Allah dan setiap apa yang kita miliki akan diminta pertanggungjawabannya. Oleh itu jangan leka dan hanyut dalam kehidupan dunia.

Peluang untuk menggapai syurga itu amat luas hanya terpulang kepada kita untuk mendapatkannya. Selamat membaca dan menggapai syurga abadi.

Al-Hidayah menerbitkan pelbagai buku Islam, motivasi dan pembangunan diri yang sesuai untuk semua peringkat pembaca.


Antara topik yang sering mendapat perhatian termasuk fardhu ain, kekeluargaan, pendidikan anak, motivasi dan kerohanian.


BBO Rumah Novel Melayu menyediakan pelbagai buku terbitan Al-Hidayah secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.


Lihat semua buku agama Al-Hidayah di sini

Write a review

Eksperimen Cinta

Penulis : Anjell