• 8677
1

Karyaseni

Hati Yang Memanggil Namamu Oleh Hanah Rishas

Regular price
RM 34.00
Sale price
RM 34.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Hati Yang Memanggil Namamu Oleh Hanah Rishas

Hati Yang Memanggil Namamu karya Hanah Rishas membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Walau. Tuhan punya cara paling indah untuk mempertemukan kita. Walau tidak dibutirkan secara nyata, tindak-tanduk dan renungan tajamnya melemaskan jiwa. Dia terkapai-kapai dalam keserabutan fikiran. Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang

Sinopsis Novel Hati Yang Memanggil Namamu

Tuhan punya cara paling indah untuk mempertemukan kita.

“Perempuan tu… Hidupnya menuntut tiga nyawa, kak!” – Engku Fadzlan

ENTAH di mana bermulanya hubungan dingin antara dia dan lelaki itu. Walau tidak dibutirkan secara nyata, tindak-tanduk dan renungan tajamnya melemaskan jiwa. Dia terkapai-kapai dalam keserabutan fikiran. Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dirinya bagai seorang musuh yang harus diperangi?

“Nama sama, paras serupa. Awak seolah-olah jelmaan ‘Humairah’ kami.” – Haikal

“Dia… Di mana?” – Humairah

“Hilang.” – Haikal

Pertemuan tanpa disangka rupa-rupanya telah membuka selembar hikayat duka dua hati yang selama ini sarut menelan pahitnya erti sebuah kehilangan. Kemunculannya seumpama satu anugerah walau ada rasa ragu menyusup ke dalam jiwa. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lalu tidak tersingkap, waima dalam sepintas panahan petir di kaki langit. Apatah lagi dirinya sering terhumban ke dalam lembah tidak berdinding itu, yang turut menjelmakan paras seseorang. Lembaga itu saling tidak tumpah menyerupainya!

“Aneh, kan? Kami… Sama. Saya dan Ara… Seolah-olah¬¬ orang yang sama.” – Humairah

Bagaimana hendak diperhalusi perhitungan ini? Alur simpang yang terbentang tidak mungkin mampu disusuri sendirian. Ia penuh onak dan duri, bahkan telah wujud halangan yang bakal meragut nyawanya.

Ada mata yang memerhati. Ada hela nafas yang bergulung mahu dia mati!

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Hati Yang Memanggil Namamu

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Hanah Rishas

  • 2 Nyawa 1 Cinta
  • Hingga Akhir Nafasku