• 109662010
1

Karyaseni

Kau Bicara Tentang Cinta Oleh Rehan Makhtar

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Kau Bicara Tentang Cinta Oleh Rehan Makhtar

Sedangkan kita telah hilang arahnya

Kata orang, bahagia itu tidak mampu dibeli walau dengan segunung intan dan selautan permata. Namun, mengapa manusia masih ada rasa tamak menginginkan segalanya?

Sera Nur akur, itu bukan miliknya. Bahagianya cukup dengan mempunyai sekeping hati yang sentiasa reda pada ketetapan Tuhan. Berbeza dengan Bunyamin yang mahu mempertahankan hak. Tapi, adakah hak itu benar-benar miliknya?

“Daddy saya ada beritahu Cik Sera apa-apa?” - Bunyamin

“Kami hanya bersembang kosong.” - Sera Nur

“Tak ada tentang saya? Tentang kita?” – Bunyamin

Ironinya, biarpun harta kekayaan tidak mampu membeli bahagia, Sera Nur cuba membeli kebebasan sendiri dan mustahil untuk Bunyamin berikan.

“You’re my wife, Sera Nur. I’m going to keep you by my side forever…” – Bunyamin

“Walau hanya untuk hidup dengan jasad yang tak ada jiwa?” – Sera Nur

Mereka mahu menuju ke arah bahagia bersama. Sayangnya, cinta antara mereka hilang panduan. Cinta mereka kian menyongsang. Cinta milik mereka sedang karam.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan konflik dalam perkahwinan
  • Hak, kebebasan dan batas dalam hubungan
  • Ketamakan terhadap harta dan status
  • Reda dengan ketetapan Tuhan berbanding keinginan manusia

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang gemar kisah konflik rumah tangga
  • Pembaca yang menyukai tema cinta, pengorbanan dan kebebasan
  • Pembaca yang tertarik dengan watak suami dominan dan isteri yang berprinsip

Maklumat Buku

  • Penulis: Rehan Makhtar
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674692285
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan