Karyaseni
Luruh Oleh Rehan Makhtar
- Regular price
- RM 33.00
- Sale price
- RM 33.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Luruh Oleh Rehan Makhtar
WALAU hilang segalanya… Daneen cuba kutip sisa kekuatan demi seranting harapan. Tapi, bila mama dan kakak pergi menghadap Ilahi, ayah pula menafi kehadirannya… Daneen sedar yang ranting harapan itu terlalu halus untuk dia berpaut.
Patah. Terhempas. Lebur.
Kerana itu dia cuba melawan kezaliman dengan cara yang tidak bermoral sebagai senjata terakhir.
“Kau tekad nak teruskan business ni? Yang rugi nanti… kau. Kau akan hilang segalanya…”-MALIKI
“Benda paling bagus bila tak punya apa-apa ni, saya tak perlu risau lagi tentang kehilangan…” -DANEEN
Daneen kalah. Maliki berjaya memasung kedua-dua kaki dan tangannya. Membenarkan Maliki menakluknya adalah sesuatu yang tidak pernah dia rela tapi jika ini muslihat terakhir permainan, Daneen terima. Dia perlu menang satu hari nanti. Maliki nekad melindungi dan menyayangi. Tapi, Daneen pergi tanpa dapat dikesan. Maliki panasaran. Dia kecewa kerana Daneen tidak beri waktu untuk dia tunaikan segala janji.
Tujuh tahun Daneen berjuang demi keadilan. Tujuh tahun Maliki bertahan kerana rindu dan setia. Mereka teguh demi janji masing-masing yang tak pernah tertunaikan. Namun, sekali lagi Daneen dikhianati oleh
mereka yang dia percaya saat Maliki muncul di depan mata.
“Jauhi aku! Atau kauakan musnah!” - DANEEN
“Daneen dah musnahkan abang sejak tujuh tahun lalu...” - MALIKI
Indahnya luahan cinta Maliki tidak pernah dapat menimbulkan rasa pada hati yang telah lama karam dalam darah yang masih mengalir. Cukuplah Dareeyan; yang Tuhan hantar saat dia berputus asa. Bila ayah ada, kepingan bahagianya akan lengkap.
Yang dingin bertambah dingin. Yang keruh terus keruh. Biar sekuat mana Daneen menolak, segagah itu juga Maliki bertahan. Luka Daneen sukar diubati dengan pujukan. Hatinya diasuh menjadi kejam sehingga mampu tertawakan kematian. Kegilaan ini perlu dihentikan. Tapi, sukar.
Maliki pilih untuk kalah setelah kehilangan satu nyawa dan demi menyelamatkan satu nyawa. Berharap beban di hati Daneen pergi bersamanya. Saat menghadapi kehilangan yang tersayang buat ke sekian kali, Daneen sedar… lelaki ini telah lama ada dalam hatinya. Perlukah dia korbankan segala usaha dan janji? Membiarkan semuanya gugur bagai daun kering yang #LURUH?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta, kesetiaan dan pengorbanan
- Trauma kehilangan serta kesedihan berpanjangan
- Konflik keluarga, penolakan dan pengkhianatan
- Perjuangan menuntut keadilan dan membalas kezaliman
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik yang menggemari kisah cinta penuh konflik
- Pembaca yang menyukai tema trauma, kehilangan dan perjuangan emosi
- Peminat watak wanita kuat yang berusaha menuntut keadilan
- Pembaca yang gemarkan kisah cinta kedua dengan elemen pengorbanan
Maklumat Buku
- Penulis: Rehan Makhtar
- Penerbit: Karyaseni
- ISBN: 9789674692315
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg