• 3626
1

Karyaseni

Hati Bertanya Siapa Kamu? Oleh Lisa Muhamad

Regular price
RM 19.00
Sale price
RM 19.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Hati Bertanya Siapa Kamu? Oleh Lisa Muhamad

Hati Bertanya Siapa Kamu? karya Lisa Muhamad menampilkan kisah perjodohan yang diatur keluarga serta cabaran yang muncul selepas penyatuan tersebut. Kisah ini berpusat pada Dayangku Inara. DAYANGKU INARA seorang gadis yang lari dari sebuah pernikahan! Lelaki yang dijodohkan dengannya bukan atas dasar pilihan sendiri. Seusai akad nikah, sebelum sempat menatap wajah suaminya, Dayangku Inara cabut lari... Nama saya Gibran.” - GIBRAN EMIR Satu

Sinopsis Novel Hati Bertanya Siapa Kamu?

DAYANGKU INARA seorang gadis yang lari dari sebuah pernikahan! Lelaki yang dijodohkan dengannya bukan atas dasar pilihan sendiri. Kenal pun tidak! Dia menolak, ayahnya menerima. Dia tak suka, ayahnya berkenan! Apa pilihan yang dia ada? Nikah dan larilah! Seusai akad nikah, sebelum sempat menatap wajah suaminya, Dayangku Inara cabut lari...

“Siapa awak?” - DAYANGKU INARA

“Nama saya Gibran.” - GIBRAN EMIR

“Geram?” - DAYANGKU INARA

“Bukan geram, bukan gabra dan bukan juga gemuruh. Nama saya Gibran.” - GIBRAN EMIR

Satu kemalangan kecil menemukan Dayangku Inara dengan Gibran Emir. Namun sayang, si isteri tidak kenal si suami... Gibran muncul sebagai teman rapat abangnya. Sengaja disembunyikan status agar mereka dapat mengenali diri masing-masing.

“Awak kenal dengan lelaki tu?” - DAYANGKU INARA

“Siapa? Suami awak? Saya tak kenal dengan dia. Tapi, saya kesian dengan dia. Kesian sebab digantung tak bertali... Tak baik awak buat anak teruna orang macam tu...” - GIBRAN EMIR

Kerana suaminya itu, musnah impian dan masa depannya! Tanpa diduga, dalam satu pertemuan kecil di rumah Gibran, semua rahsia terbongkar pada saat Dayang membelek sebuah album perkahwinan. Cukup dengan hanya melihat pada helaian pertama, jemari dan matanya kaku di situ... Hati yang tertanya-tanya siapa suaminya terjawab!

“Awak penipu! Kaki putar alam, kaki kelentong!”

“Dayang… Gib memang bercadang nak berterus-terang dengan Dayang… Nak bagi tahu pasal kita…”

Ternyata Gibran tersalah langkah dalam misi memikat hati si isteri. Penipuan pertama mungkin boleh dimaafkan. Penipuan kedua? Diberi peluang lagi atau ditinggalkan? Mampukah Gibran Emir selamatkan rumah tangga mereka?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Hati Bertanya Siapa Kamu?

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Lisa Muhamad

  • Kau Dan Aku
  • Kami Dah Kahwinlah!