• 1340
1

Karyaseni

Awas! Bila Hati Dah Sayang Oleh Tinta Biru

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Awas! Bila Hati Dah Sayang Oleh Tinta Biru

Awas! Bila Hati Dah Sayang karya Tinta Biru mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Hanya. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh

Sinopsis Novel Awas! Bila Hati Dah Sayang

Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

“Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang  je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram

Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro,  aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.

Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Awas! Bila Hati Dah Sayang

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Tinta Biru

  • Mak Tak Nak Kahwin
  • Aku Suka Kau Benci