• 8677
1

Karyaseni

Hati Yang Memanggil Namamu Oleh Hanah Rishas

Regular price
RM 34.00
Sale price
RM 34.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Hati Yang Memanggil Namamu Oleh Hanah Rishas

Tuhan punya cara paling indah untuk mempertemukan kita.

“Perempuan tu… Hidupnya menuntut tiga nyawa, kak!” – Engku Fadzlan

ENTAH di mana bermulanya hubungan dingin antara dia dan lelaki itu. Walau tidak dibutirkan secara nyata, tindak-tanduk dan renungan tajamnya melemaskan jiwa. Dia terkapai-kapai dalam keserabutan fikiran. Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dirinya bagai seorang musuh yang harus diperangi?

“Nama sama, paras serupa. Awak seolah-olah jelmaan ‘Humairah’ kami.” – Haikal

“Dia… Di mana?” – Humairah

“Hilang.” – Haikal

Pertemuan tanpa disangka rupa-rupanya telah membuka selembar hikayat duka dua hati yang selama ini sarut menelan pahitnya erti sebuah kehilangan. Kemunculannya seumpama satu anugerah walau ada rasa ragu menyusup ke dalam jiwa. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lalu tidak tersingkap, waima dalam sepintas panahan petir di kaki langit. Apatah lagi dirinya sering terhumban ke dalam lembah tidak berdinding itu, yang turut menjelmakan paras seseorang. Lembaga itu saling tidak tumpah menyerupainya!

“Aneh, kan? Kami… Sama. Saya dan Ara… Seolah-olah¬¬ orang yang sama.” – Humairah

Bagaimana hendak diperhalusi perhitungan ini? Alur simpang yang terbentang tidak mungkin mampu disusuri sendirian. Ia penuh onak dan duri, bahkan telah wujud halangan yang bakal meragut nyawanya.

Ada mata yang memerhati. Ada hela nafas yang bergulung mahu dia mati!

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pertemuan dan hubungan yang penuh misteri
  • Kehilangan insan tersayang dan kesan trauma masa lalu
  • Persamaan wajah serta persoalan identiti diri
  • Ingatan yang kabur dan rahsia yang belum terungkai

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel Melayu yang menggemari kisah romantik penuh tekateki
  • Peminat cerita tentang kehilangan, trauma dan kenangan silam
  • Pembaca yang menyukai plot identiti berganda atau watak seiras
  • Peminat novel dengan unsur bahaya, ancaman dan penyiasatan

Maklumat Buku

  • Penulis: Hanah Rishas
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674691875
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan