• 9622
1

Karyaseni

Sanggupkah Bersabar, Sayang? Oleh Rehan Makhtar

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Sanggupkah Bersabar, Sayang? Oleh Rehan Makhtar

Pertama kali melihat Qaiser Wardah, dia hanya berasa belas pada gadis itu. Tapi marahnya reda dengan sendiri apatah lagi bila dapat tahu gadis yang nampak sempurna itu sebenarnya buta. Mereka… Sepertinya ada kisah silam bersama. Ada rasa yang sama iaitu kerinduan. Tengku Cairel sarat menanggung rindu pada yang masih ada dan Qaiser Wardah gagah menggalas rindu pada yang sudah pergi.

“Tongkat saya mana?” - Qaiser Wardah
“Tak payah tongkat… Aku kan ada…” - Tengku Cairel

Rupa-rupanya, hati Tengku Cairel sudah pandai menipu. Bukan rasa belas semata. Tapi ia cinta! Cinta pada seorang gadis buta. Biarpun kekurangan, Qaiser Wardah adalah petunjuk pada jalannya yang kelam dan pada Qaiser Wardah, dia rela memegang tangan Tengku Cairel selamanya. Lelaki yang memanggilnya dengan gelaran Mawar.

“Awak nak kerja kontrak jaga saya ke?” - Qaiser Wardah
“Memang. Kontrak seumur hidup…” - Tengku Cairel

Demi sesungguhnya, bumi ini berputar pada paksinya. Yang pernah terjadi, kembali menghantui. Qaiser Wardah telah tolak jauh segala kenangan lalu yang dirasakan begitu menyakitkan. Tak mudah dia terima tapi kini, penyebab pada kesakitan itu rapat di sisi.

“Apa yang perlu abang buat untuk Mawar maafkan abang?” - Tengku Cairel
“Kita masing-masing perlukan waktu.” - Qaiser Wardah

Kerana tembok sabar yang retak, Qaiser Wardah tidak menahan Tengku Cairel pergi. Biarlah dia tidak dapat melihat selamanya kerana wajah lelaki itu adalah wajah yang tak diundang hadirnya.

“Abang akan hadiahkan segala bahagia buat Mawar, isteri tercinta... Selagi ada asa, selagi ada nyawa. Biarpun abang harus menderita...” - Tengku Cairel

“Mawar tak sangka, bila Mawar boleh melihat… Abang tak mampu membalas renungan Mawar…” - Qaiser Wardah

Entahkan mimpi atau realiti, sukarnya untuk dia terima. Jika ini mimpi dia mahu segera terjaga. Andai ini realiti, mampukah dia terus bersabar?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta antara Tengku Cairel dan Qaiser Wardah yang dibina daripada rasa belas kasihan sebelum berkembang menjadi cinta sejati.
  • Kehidupan dan cabaran seorang wanita buta dalam menghadapi keterbatasan fizikal serta mencari kekuatan diri.
  • Trauma masa lalu, kerinduan dan kesakitan akibat peristiwa yang kembali menghantui.
  • Pengampunan, kesabaran dan usaha memulihkan kepercayaan dalam hubungan.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta dengan watak utama yang mempunyai kekurangan fizikal.
  • Peminat kisah romantik tentang pengampunan, penyesalan dan peluang kedua.
  • Pembaca yang menyukai konflik rumah tangga serta hubungan suami isteri yang penuh emosi.
  • Peminat cerita tentang trauma masa lalu, kerinduan dan penyembuhan hati.

Maklumat Buku

  • Penulis: Rehan Makhtar
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: BBO-3877
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan