Karyaseni
Sanggupkah Bersabar, Sayang? Oleh Rehan Makhtar
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sanggupkah Bersabar, Sayang? Oleh Rehan Makhtar
Sanggupkah Bersabar, Sayang? merupakan novel romantik Melayu karya Rehan Makhtar yang mengangkat tema cinta, kesabaran, pengorbanan dan peluang kedua. Novel ini mengisahkan perjalanan Tengku Cairel dan Qaiser Wardah yang terikat dengan kenangan silam, kerinduan dan luka yang masih belum sembuh.
Dengan emosi yang mendalam, konflik yang menyentuh hati serta watak yang kuat, novel ini membawa pembaca menyelami perjuangan dua insan yang cuba mencari kebahagiaan di sebalik ujian kehidupan dan takdir yang tidak pernah mudah.
Sesuai untuk peminat novel romantik Melayu yang menyukai kisah cinta penuh emosi, pengorbanan dan perkembangan watak yang menyentuh jiwa.
Sinopsis Novel Sanggupkah Bersabar, Sayang?
Pertama kali melihat Qaiser Wardah, dia hanya berasa belas pada gadis itu. Tapi marahnya reda dengan sendiri apatah lagi bila dapat tahu gadis yang nampak sempurna itu sebenarnya buta. Mereka… Sepertinya ada kisah silam bersama. Ada rasa yang sama iaitu kerinduan. Tengku Cairel sarat menanggung rindu pada yang masih ada dan Qaiser Wardah gagah menggalas rindu pada yang sudah pergi.
“Tongkat saya mana?” - Qaiser Wardah
“Tak payah tongkat… Aku kan ada…” - Tengku Cairel
Rupa-rupanya, hati Tengku Cairel sudah pandai menipu. Bukan rasa belas semata. Tapi ia cinta! Cinta pada seorang gadis buta. Biarpun kekurangan, Qaiser Wardah adalah petunjuk pada jalannya yang kelam dan pada Qaiser Wardah, dia rela memegang tangan Tengku Cairel selamanya. Lelaki yang memanggilnya dengan gelaran Mawar.
“Awak nak kerja kontrak jaga saya ke?” - Qaiser Wardah
“Memang. Kontrak seumur hidup…” - Tengku Cairel
Demi sesungguhnya, bumi ini berputar pada paksinya. Yang pernah terjadi, kembali menghantui. Qaiser Wardah telah tolak jauh segala kenangan lalu yang dirasakan begitu menyakitkan. Tak mudah dia terima tapi kini, penyebab pada kesakitan itu rapat di sisi.
“Apa yang perlu abang buat untuk Mawar maafkan abang?” - Tengku Cairel
“Kita masing-masing perlukan waktu.” - Qaiser Wardah
Kerana tembok sabar yang retak, Qaiser Wardah tidak menahan Tengku Cairel pergi. Biarlah dia tidak dapat melihat selamanya kerana wajah lelaki itu adalah wajah yang tak diundang hadirnya.
“Abang akan hadiahkan segala bahagia buat Mawar, isteri tercinta... Selagi ada asa, selagi ada nyawa. Biarpun abang harus menderita...” - Tengku Cairel
“Mawar tak sangka, bila Mawar boleh melihat… Abang tak mampu membalas renungan Mawar…” - Qaiser Wardah
Entahkan mimpi atau realiti, sukarnya untuk dia terima. Jika ini mimpi dia mahu segera terjaga. Andai ini realiti, mampukah dia terus bersabar?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Kisah cinta yang sarat dengan emosi dan pengorbanan.
- Hero yang setia dan sanggup berkorban demi wanita dicintai.
- Tema peluang kedua dan memaafkan kesilapan masa lalu.
- Watak heroin yang kuat walaupun berdepan kekurangan fizikal.
- Gaya penulisan Rehan Makhtar yang menyentuh hati dan mudah dihayati.
Genre Novel Sanggupkah Bersabar, Sayang?
Novel Romantik Melayu, Novel Drama Cinta, Novel Pengorbanan, Novel Bestseller Melayu, Novel Emosi.
Novel Berkaitan Rehan Makhtar
- #HURT
- Seseorang Untuk Aku
- Takdir Untuk Aku
- Dia Untuk Aku
- Hati Yang Kau Pinjamkan
- The Reason