• 6880
1

Karyaseni

Kecubung Oleh Rosa Nur

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kecubung Oleh Rosa Nur

Kecubung karya Rosa Nur membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Siapakah. Wajahnya cantik tetapi seperti pokok kecubung yang indah bunganya, dia memabukkan serta beracun. Di dalam dirinya mengalir dendam yang sarat dan perlu dibalas. Dia tidak akan puas selagi orang-orang yang telah memperkotak-katikkan maruah dan menghitamkan

Sinopsis Novel Kecubung

Wajahnya cantik tetapi seperti pokok kecubung yang indah bunganya, dia memabukkan serta beracun. Di dalam dirinya mengalir dendam yang sarat dan perlu dibalas. Dia tidak akan puas selagi orang-orang yang telah memperkotak-katikkan maruah dan menghitamkan kehidupannya masih lepas bebas di luar sana.

“Kurang ajar! Kau orang ingat aku ni barang yang kau pecahkan kat pasar raya ke, yang dapat kau tebus dengan membayar ganti rugi?!”

Siapakah sebenarnya perempuan yang sarat dengan dendam itu? Dan kenapakah dia menjadi seorang pendendam?
Sementara itu, peristiwa 5 tahun lepas...

“Siapa nama kau, hah? Kau cantiklah!” – EDDY HAKIMI.

“Memang cantiklah perempuan ni, Eddy. Anugerah dari Tuhan untuk kita berempat kut?” – FARHAN.

“Kejar perempuan tu. Jangan bagi dia lepas!” – EDDY HAKIMI.

Bencana menanti 4 jahanam yang tega menghancurkan hidup seorang gadis yang menghidap penyakit kemurungan. Dalam diam, dia dan sekutunya mula mengatur strategi. Siapakah sekutu gadis sarat dendam ini?

Orang-orang yang tidak bersalah telah dijadikan umpan untuk memerangkap 4 jahanam. Adilkah begitu?
Setelah 5 tahun berlalu dan masing-masing mempunyai kehidupannya sendiri...

“5 tahun lepas, apakah dosa dan kejahatan yang pernah Ray lakukan?” – DARLINA

“Apa jenis soalan yang Darling tanya ni? Ada ke orang dalam dunia ni yang nak mengaku dosa-dosa yang dia dah lakukan? Kita mengaku dengan Tuhan aje tau segala dosa yang kita buat, bukannya mengaku depan orang lain. Itu umpama membuka aib sendiri!” – RAYKAL REDZA

Siapakah Darlina? Siapakah gadis yang berdendam itu? Dan siapakah Raykal Redza di dalam novel ini? Apakah dosa dan kejahatan yang telah dilakukan sehingga si gadis sanggup membunuh? Hayatilah jalan cerita yang penuh konflik dan saspens di dalam novel KECUBUNG karya ROSA NUR.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Kecubung

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Rosa Nur

  • Psiko