• 8244
1

Karyaseni

Andainya Takdir 2 Oleh Wan Mahani Wan Hassan

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Andainya Takdir 2 Oleh Wan Mahani Wan Hassan

Andainya Takdir 2 karya Wan Mahani Wan Hassan membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Tihah. Terkadang bukan kenangan buruk dengan seseorang yang buatkan kita sangat terluka... Tapi kenangan indah bersamanya yang tak mampu kita lupakan. Perceraian Airil dan Fatihah menjadikan hidup Airil terumbang-ambing, tidak mampu menerima hakikat Fatihah bukan

Sinopsis Novel Andainya Takdir 2

Terkadang bukan kenangan buruk dengan seseorang yang buatkan kita sangat terluka... Tapi kenangan indah bersamanya yang tak mampu kita lupakan.

Perceraian Airil dan Fatihah menjadikan hidup Airil terumbang-ambing, tidak mampu menerima hakikat Fatihah bukan lagi isterinya dan berjauhan dengan Aleeya. Hidup Fatihah tidak aman apabila Airil terus mencampuri segala urusannya. Akhirnya Fatihah terpaksa membuat keputusan berpindah ke Terengganu membuatkan Airil hidup dalam memori. Fatihah didekati oleh dua lelaki lain, Nizam dan Hafiz membuatkan Airil berusaha mendapatkan rawatan bagi penyakit yang baru disedarinya. Dia takkan biarkan Fatihah dimiliki lelaki lain. Segala usaha dilakukan agar Fatihah kembali kepadanya.

“Rindu ini jahat... Abang tak tau macam mana nak kurangkannya. Sebab... Setiap masa makin bertambah...”
Namun segala usaha itu makin menyesakkan jiwa Fatihah. Walaupun jauh dalam sudut hatinya masih ada cinta namun ego tetap menguasai diri. Malah kesusahan hidup sebagai ibu tunggal merubah jiwa wanitanya menjadi lebih ego dan keras. Akhirnya Fatihah cuba menerima Hafiz, lelaki yang hadir dengan sifat sabar dan tenang yang tinggi.

“Betul ke Tihah langsung tak nak abang ada dalam hidup Tihah?”
“Ya! Saya nak mulakan hidup baru! Bukan dengan awak! Tapi dengan Hafiz! Dan awak pun patut bina hidup baru awak sendiri!”
“Tihah... Tihah...”

Demi menidakkan rasa cintanya terhadap Fatihah, Airil juga cuba untuk menerima Sofea, wanita yang banyak membantu dan berkorban untuknya. Namun mampukah takdir menyatukan mereka andai cinta masih berada di dalam hati manusia yang pernah menyakiti mereka?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Andainya Takdir 2

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Wan Mahani Wan Hassan

  • Andainya Takdir