• 9616
1

Penulisan2u

The Reason Oleh Rehan Makhtar

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

The Reason Oleh Rehan Makhtar

The Reason merupakan novel romantik Melayu karya Rehan Makhtar yang mengisahkan perjalanan Ammara dalam mencari kebahagiaan selepas melalui luka cinta yang mendalam. Ketika dia berusaha membina semula hidupnya, masa lalu yang disangka telah terkubur kembali hadir membawa persoalan yang selama ini tidak pernah terjawab.

Novel ini menyajikan kisah penuh emosi tentang penyesalan, pengorbanan dan peluang kedua dalam cinta. Dengan konflik yang menyentuh hati serta watak-watak yang dekat dengan realiti kehidupan, pembaca akan dibawa menyelami perjalanan seorang wanita yang belajar menerima takdir dan memilih kebahagiaan untuk dirinya sendiri.

Sesuai untuk peminat novel romantik Melayu yang gemarkan kisah cinta penuh drama, konflik emosi dan pengajaran tentang reda serta ketentuan hidup.

Sinopsis Novel The Reason

Dia… Adalah wanita yang menyayangi diri sendiri biarpun satu dunia tak mahu menghargai. Namun, saat dia mula mencintai; Ammara robek hati sendiri dengan begitu kejam. Dia tertipu dengan cinta fananya. Air mata jatuh tak terseka tetapi lelaki itu pergi begitu saja tanpa menoleh buat kali kedua. Lelah dia mencari sebab tapi akhirnya, dia pujuk hati untuk terima.

“I tak paksa dan I takkan rosakkan masa depan you. But I need at least an answer. Boleh tak you bagi jawapan?” - Ammara

“No!” - Eqram

Sepatah jawapan Eqram telah membunuh jiwanya. Ammara tunduk menyesali salah sendiri. Kerana itu dia bangkit bila hadir seorang puteri bernama Nur Amaris menemani perjalanan begitu sukar bahana beban kesan dosa silam. Namun, setelah lima tahun... Pintu yang selama ini tertutup… Terkuak. Adakah ini juga sebahagian hukuman untuknya?

“Then, patut ke I remind you balik? Perlu ke I bagi tahu you parut pada tubuh you, yang you sendiri mungkin tak tahu…” - Eqram

“Berapa kali nak cakap, bukan saya. Dan tolong tutup mulut awak tu. Jangan cakap kotor dengan saya, Mohd Eqram!” - Ammara

Lelah dia berlari. Puas dia elak. Tapi, takdir terus menguji.

“Saya memang suka awak sejak pertama kali, Ara. Saya sudi jaga awak dan Amaris.” - Eqwan

“Saya tahu awak baik, Eqwan. Tapi, segalanya tak mudah untuk saya…” - Ammara.

Ammara akhirnya menerima pinangan Eqwan kerana dia yakin, dia juga berhak bahagia. Biarpun Ammara tahu, Eqram tidak mahu dia menjadi isteri kepada abang lelaki itu.
“You said no… To me. I betul-betul perlukan you dulu, Eqram. Setidak-tidaknya, you bagi satu sebab kenapa you buat I macam tu…” - Ammara

“I don’t have even a reason back then. I dah cakap dekat you yang I jahil. I yakin you pun sama dengan I. For me, you dig your own grave by choosing me. But now... I have that reason, Ammara. And the reason... Is you...” - Eqram

Pengakuan Eqram telah menghambat mimpi ngeri yang selama ini menghantui Ammara. Dia akan bahagia bersama Eqwan. Dia yakin. Seperti kata Afina… Bahagia itu akan datang tidak lambat dan tidak cepat, tapi pada masa yang tepat. Kerana dia pernah gagal merancang; kali ini, dia hanya serahkan segalanya pada Tuhan yang menentukan. Apa saja ketetapan, sepenuh hati dia akan terima.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Kisah second chance romance yang penuh emosi dan penyesalan.
  • Konflik cinta antara Ammara, Eqram dan Eqwan yang menyentuh hati.
  • Watak heroin yang kuat dan bangkit daripada luka masa lalu.
  • Tema pengampunan, takdir dan peluang kedua yang memberi inspirasi.
  • Gaya penulisan Rehan Makhtar yang sarat emosi dan dekat dengan pembaca.

Genre Novel The Reason

Novel Romantik Melayu, Novel Cinta Kedua, Novel Drama Emosi, Novel Keluarga, Novel Bestseller Melayu.

Novel Berkaitan Rehan Makhtar

  • Checkmate
  • Hati Yang Kau Pinjamkan
  • Takdir Untuk Aku
  • Seseorang Untuk Aku
  • Dia Untuk Aku
  • Anak Perempuan Dato' Pengarah