• 6424
1

Karyaseni

Nadiana Oleh Cik Q

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Nadiana Oleh Cik Q

Nadiana karya Cik Q membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Diana. Nadia dan Diana, insan yang berbeza, punya nasib yang berlainan tapi mencari arah hidup yang sama. Pertemuan tak terduga membuatkan mereka bersahabat. Cintanya kepada Ezuan tidak berbalas membuatkan dia berpaling dan pasrah. Bertemu dengan Alan, pemilik salun

Sinopsis Novel Nadiana

Nadia dan Diana, insan yang berbeza, punya nasib yang berlainan tapi mencari arah hidup yang sama. Pertemuan tak terduga membuatkan mereka bersahabat.

NADIA. Cintanya kepada Ezuan tidak berbalas membuatkan dia berpaling dan pasrah. Bertemu dengan Alan, pemilik salun yang sentiasa mendengar keluh kesahnya membuatkan hati Nadia terpaut. Tapi, bagaimana dengan Alan? Adakah Alan punya rasa yang sama sepertinya?

DIANA. Dia punya kecelaruan hidup. Hadirnya Nadia merubah hidupnya. Bila bersama Nadia, hidupnya punya warna. Nadia gadis yang ceria, baik hati dan menerima dirinya seadanya.

Namun, saat rahsia Nadia terbongkar, dia menyepikan diri, sakit hati walaupun dia tahu Nadia insan biasa yang tak sempurna.

“Aku tak sangka kau orang yang macam ni, Nadia.” – Diana

“Diana, aku minta maaf sebab rahsiakan kisah silam aku. Diana, aku tahu aku banyak buat dosa, aku bukan orang baik tapi aku dah berubah.” – Nadia

Ezuan hadir kembali menagih cinta Nadia. Nadia benci, geram! Mengapa Ezuan kembali sedangkan sebelum ini dirinya tak dihargai? Ezuan terdesak. Hatinya hanya untuk Nadia. Bila Nadia tidak menerimanya kembali, dia meragut kesucian Nadia.

Nadia trauma, Diana sedih dengan nasib Nadia. Bagaimana mungkin Nadia teruskan hidupnya dengan baik setelah apa yang terjadi?

“Nadia, I’m here to ask you once again, will you marry me, sweetheart? Stop giving excuses, okay? Just say yes!” – Alan

Mampukah pelangi hadir di balik hujan?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Nadiana

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Romantik Thriller

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.