• 9445
1

Karyaseni

Aksara Oleh Syaznixon

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Aksara Oleh Syaznixon

"Ada beberapa hal dalam hidup yang kita perlu ungkapkan aksaranya tetapi takdir tak pernah menyebelahi kita berdua."

Kata orang, cinta itu saling melengkapi. Itukah yang dimaksudkan bila Arjuna Nara, jejaka bisu dipertemukan dengan Embun, gadis buta?

“Kalau awak ada dekat saya, awak kena ketuk dua kali macam ni. Okey?” – Embun

Kemunculan Embun di teratak keluarga Arjuna Nara membuatkan jejaka itu tertanya-tanya, siapa Embun sebenarnya. Rasa ingin tahunya terhadap gadis bermata hazel dengan tompok abu-abu itu memicu pendekatan di antara mereka. Daripada salah faham yang besar, mereka menjadi tempat bersandar untuk satu sama lain. Sayangnya, Embun tidak dapat melihat dan Arjuna pula tidak dapat bersuara; menjadikan perasaan yang kian membuak tiada cara untuk dilafaz kepada satu sama lain. Yang mereka ada, hanyalah bunyi ketukan yang maksudnya sering kali samar-samar.

“Ada beberapa hal dalam hidup yang kita perlu ungkapkan aksaranya tetapi takdir tak pernah menyebelahi kita berdua. Memandangkan saya tak dapat bersuara dan awak tak dapat melihat: saya suka awak, Embun. Sangat.” – Arjuna Nara

Bila hati mula mengenali ‘rumahnya’, rahsia masa lalu terkuak, membawa kekecewaan dan pelarian Arjuna. Dalam perjalanan yang penuh tipu daya, perasaan benci muncul, menciptakan jurang di antara cinta dan keluarga.

Akankah jurang itu tertutup semula atau... mungkinkah ini satu lagi kisah cinta pertama yang selamanya akan ada tempatnya dalam hati, tetapi hilang tempatnya dalam hidup?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta antara dua insan kelainan upaya
  • Komunikasi tanpa suara dan penglihatan
  • Rahsia masa lalu serta tipu daya keluarga
  • Salah faham, pengkhianatan dan perasaan benci

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari kisah cinta emosional dan menyentuh hati
  • Peminat novel Melayu dengan watak kelainan upaya
  • Pembaca yang suka tema rahsia keluarga dan konflik masa lalu
  • Peminat kisah cinta penuh salah faham, pengorbanan dan pelarian

Maklumat Buku

  • Penulis: Syaznixon
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674692131
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan