• 8749
1

Al-Hidayah

Kesalahan-Kesalahan Dalam Ibadah Solat

Regular price
RM 11.00
Sale price
RM 11.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kesalahan-Kesalahan Dalam Ibadah Solat

Kesalahan-Kesalahan Dalam Ibadah Solat ialah buku karya Akmal Hj. Mhd. Zain yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan hukum-hakam dan panduan ibadah berdasarkan syariat Islam.

Sinopsis Buku Kesalahan-Kesalahan Dalam Ibadah Solat

Adakah sudah benar-benar kita bersolat? Mestipun solat yang di tuntut lima kali sehari, apakah solat itu sudah diterima oleh Allah S.W.T. sebagai satu amal soleh? Apakah solat yang kita tunaikan itu sudah dapat merubah diri kita ke arah yang lebih sempurna di dalam semua bidang.

Kerana itu sekiranya kita tidak membetulkan ibadah solat itu maka kita tidak tahu apakah solat kita itu benar-benar yang dikatakan solat atau sekadar gerakan fizikal semata-mata.

Didalam risalah ini diberikan panduan dan bimbingan untuk seseorang itu mengetahui tentang kesilapan dan kesalahan yang sering dilakukan. Ianya sebagai neraca ibadah solat itu diterima oleh Allah SWT atau sebaliknya.

Mengenal kesilapan ketika solat dan membetulkannya adalah satu kewajipan yang tidak wajar diabaikan. Sesungguhnya setiap individu sedia untuk meningkatkan amalan solatnya kearah yang lebih sempurna dan tepat.

Pengabaian tentang ibadah penting ertinya kita bersikap lebih kurang dan sambil lewa dengan amanah yang diberikan. Lantaran itu Allah SWT juga akan sambil lewa dengan urusan hidup kita di dunia ini. Kerana itu disarankan agar buku ini dapat dimiliki dan difahami, semoga ibadah solat kita itu bersesuaian dengan kehendak Allah SWT.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas.
  • Menjadi rujukan dalam kehidupan harian.
  • Membantu melaksanakan ibadah dengan betul.
  • Meningkatkan kefahaman syariat Islam.

Maklumat Buku

  • Penulis: Akmal Hj. Mhd. Zain
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789830993157
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 5 x 7

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar agama.
  • Penuntut ilmu.
  • Guru agama.
  • Muslim yang ingin mendalami fiqh.