Al-Hidayah
Halal Dan Haram Dalam Kehidupan
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Halal Dan Haram Dalam Kehidupan
Halal Dan Haram Dalam Kehidupan ialah buku karya Akmal Hj. Mhd. Zain yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan hukum-hakam dan panduan ibadah berdasarkan syariat Islam.
Sinopsis Buku Halal Dan Haram Dalam Kehidupan
Metadologi halal dan haram dalam syariat Islam adalah mudah untuk difahami dan ianya bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Ia berpandukan kepada prinsip-prinsip ajarannya bagi menghilangkan mafsadah (kebinasaan) dan mendatangkan maslahan (kebaikan) di dalam semua aspek kehidupan.
Oleh yang demikian Allah S.W.T. telah mengutuskan para Rasul dahulu dengan dibekalkan sahifah atau undangundang agar membimbing manusia kepada jalan yang benar dan menjauhkan mereka dari kebinasaan.
Maka tiada sebarang kesukaran dalam memahami serta mengamalkan ajaran-ajaran Islam, sebab ia boleh diterima oleh akal fikiran, hanya manusia yang cuai sahaja yang melanggarnya berdasarkan kepada hawa nafsu. Misalnya Islam mengharamkan penzinaan, kerana jelas dalam zina terdapat madharat, begitu pula Islam menghalalkan pernikahan kerana di dalamnya ada rasa kasih sayang dan rahmat.
Penyusun buku ini telah memberikan saranan serta membincangkan semua masalah yang ada kaitannya dengan halal dan haram dalam semua aspek kehidupan serta terpeinci berdasarkan kepada dalil-dalil jelas. Dengan membacanya semoga mendapat kesedaran serta bimbingan demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas.
- Menjadi rujukan dalam kehidupan harian.
- Membantu melaksanakan ibadah dengan betul.
- Meningkatkan kefahaman syariat Islam.
Maklumat Buku
- Penulis: Akmal Hj. Mhd. Zain
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789830995595
- Berat: 0.3 kg
- Saiz: 6 x 8
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar agama.
- Penuntut ilmu.
- Guru agama.
- Muslim yang ingin mendalami fiqh.