• 2974
1

Jemari Seni

Kafe Damia

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kafe Damia Oleh Moon Leeya Zafrina

Kafe Damia karya Moon Leeya Zafrina membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Liya. Menyukai seseorang tak bermakna kita perlu menjadikannya kekasih, kadangkala kita hanya perlu menjadi kawan Liya melangkah ke tempat baharu dengan 1001 rasa yang berbaur dalam diri. Harapnya, agar semuanya berjalan lancar. Namun, apa yang terjadi tak seindah

Sinopsis Novel Kafe Damia

Menyukai seseorang tak bermakna kita perlu menjadikannya kekasih,

kadangkala kita hanya perlu menjadi kawan

Liya melangkah ke tempat baharu dengan 1001 rasa yang berbaur dalam diri. Harapnya, agar semuanya berjalan lancar. Namun, apa yang terjadi tak seindah yang diharap. Belum apa-apa, ada sepuluh peraturan yang perlu dipatuhi! Dia pening kepala.

Zafran pula rimas dengan sikap kecoh Liya yang mengganggu rutin hidupnya. Entah datang dari mana keberaniannya untuk mengusik perempuan. Dan, dia suka melihat wajah itu memerah.

Aku, Zafran Adha suka kat Liyana Damia, Minah Kecoh tu??? Huh… mustahil!

Masa berlalu, mereka bertemu kembali. Liya sudah punya kafe idamannya sendiri, Kafe Damia. Zafran pula sudah pasti dengan apa yang dimahukannya. Baru sahaja Zafran ingin menyusun kata, sudah ada yang meluah rasa. Liya pula keliru, antara cinta pertama atau kasih di depan mata, yang mana satu pilihannya?

Jodoh itu rahsia Allah, siapa tahu apa akan terjadi, kan?

MOON LEEYA ZAFRINA menulis kisah Liya dan Zaf bertemu cinta di Kafe Damia dengan bahasa yang ringkas dan santai. Cerita ini sesuai buat pembaca berjiwa muda yang suka akan cerita yang manis tanpa konflik di depan mata.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Kafe Damia

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.