Jemari Seni
Melur Bunga Ivy
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Melur Bunga Ivy Oleh Nazurah Aishah
Melur Bunga Ivy karya Nazurah Aishah membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Azam. Loving an Ivy Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok
Sinopsis Novel Melur Bunga Ivy
Loving an Ivy
Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.
Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.
Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.
Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.
Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?
Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?
* * *
NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy, sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi di situ.
Sebuah kisah cinta sewangi melur!
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Melur Bunga Ivy
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Nazurah Aishah
- Rahsia Hati Sofia
- Bukan Hanya Ada Kita
- Bening Merah Jingga
- Lili Buat Najah