Al-Hidayah
Halal Dan Haram Dalam Kehidupan
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Halal Dan Haram Dalam Kehidupan
Metadologi halal dan haram dalam syariat Islam adalah mudah untuk difahami dan ianya bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Ia berpandukan kepada prinsip-prinsip ajarannya bagi menghilangkan mafsadah (kebinasaan) dan mendatangkan maslahan (kebaikan) di dalam semua aspek kehidupan.
Oleh yang demikian Allah S.W.T. telah mengutuskan para Rasul dahulu dengan dibekalkan sahifah atau undangundang agar membimbing manusia kepada jalan yang benar dan menjauhkan mereka dari kebinasaan.
Maka tiada sebarang kesukaran dalam memahami serta mengamalkan ajaran-ajaran Islam, sebab ia boleh diterima oleh akal fikiran, hanya manusia yang cuai sahaja yang melanggarnya berdasarkan kepada hawa nafsu. Misalnya Islam mengharamkan penzinaan, kerana jelas dalam zina terdapat madharat, begitu pula Islam menghalalkan pernikahan kerana di dalamnya ada rasa kasih sayang dan rahmat.
Penyusun buku ini telah memberikan saranan serta membincangkan semua masalah yang ada kaitannya dengan halal dan haram dalam semua aspek kehidupan serta terpeinci berdasarkan kepada dalil-dalil jelas. Dengan membacanya semoga mendapat kesedaran serta bimbingan demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Prinsip halal dan haram dalam syariat Islam
- Maslahah dan mafsadah dalam penetapan hukum
- Panduan membezakan perkara yang dibenarkan dan dilarang
- Kesan dosa, hawa nafsu dan pelanggaran hukum terhadap kehidupan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang ingin memahami konsep halal dan haram dalam Islam
- Pelajar pengajian Islam dan syariah
- Individu yang mahu memperbaiki amalan serta gaya hidup berlandaskan syariat
- Ibu bapa dan pendidik yang mencari bahan bimbingan agama
Maklumat Buku
- Penulis: Akmal Hj. Mhd. Zain
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789830995595
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg