• 6913
1

Suara Hati Publication

Seribu Satu Cinta Oleh Azieana

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Seribu Satu Cinta Oleh Azieana

Dek terhutang budi, Deena akur dengan kehendak TJ. Berkahwin dengan tunang TJ sendiri!

Qarl membantah keras dengan idea gila TJ. Sudahlah TJ memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan kukuh, malah siap disuruhnya Qarl menerima Deena sebagai isteri.

“I… I…. tak tahu apa yang ada dalam fikiran you sekarang dan I tak tahu apa maksud you lakukan semua ni. I betul-betul tak tahu dan I rasa I diperbodohkan. I rasa I dah jadi lelaki yang paling bodoh sekarang ni.”- Qarl.

“Qarl, please…. Tolong jangan minta I berterus terang kenapa I perlu buat semua ni. I tahu you kecewa, kesal dan marah tapi I tak boleh buat apa. I harap you dapat terima Madeena. Tolong jagakan dia untuk I. Tolong ya, Qarl.”- TJ

Akhirnya Qarl menerima Deena sebagai isteri namun ada syaratnya. Perkahwinan itu perlu dirahsiakan. Dan sekali lagi Deena akur, tidak membantah. Malah, Deena terima takdir hidupnya apabila dia tidak dianggap sebagai ‘isteri’ sebenar-benarnya oleh Qarl.

“… Aku tak pernah anggap kau sebagai isteri sebab aku tak akan pernah sukakan kau apa lagi nak cintakan kau. Kau tak layak untuk hidup bersama aku, tak layak menjadi isteri aku. Kau hanya layak sebagai hamba aku merangkap orang gaji aku. Taraf kau sama dengan Mak Midah.” Qarl

Kepulangan TJ tidak lama kemudian telah membuatkan Deena mengambil keputusan untuk keluar daripada hidup Qarl. Baginya, TJ adalah untuk Qarl sedangkan dia hanya tempat persinggahan Qarl sahaja.

Namun, bagaimana pula perasaan Qarl terhadap Deena? Adakah dia kekal menganggap Deena sebagai ‘orang gajinya’ dan cintanya tetap setia pada TJ? Terjawabkah juga persoalan utama mengapa TJ memutuskan pertunangan mereka dahulu dan mengapa Deena sangup menjadi galang gantinya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan terpaksa dan perkahwinan sebagai pengorbanan demi membalas budi.
  • Perkahwinan rahsia serta konflik antara tanggungjawab, maruah dan perasaan.
  • Cinta bersegi tiga melibatkan Deena, Qarl dan TJ.
  • Perasaan tidak berbalas, penolakan cinta dan perubahan hati selepas berkahwin.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang meminati novel cinta Melayu dengan tema kahwin paksa.
  • Pembaca yang gemar kisah perkahwinan rahsia dan pengorbanan cinta.
  • Peminat konflik cinta tiga segi serta watak yang menyimpan rahsia.
  • Pembaca yang suka perkembangan hubungan daripada benci kepada cinta.

Maklumat Buku

  • Penulis: Azieana
  • Penerbit: Suara Hati Publication
  • ISBN: 9789672300151
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan