• 5946
1

Lovenovel

Calon Untuk Pengantin

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Calon Untuk Pengantin Oleh Azieana

Calon Untuk Pengantin karya Azieana mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Atikah. IDHAM yang kecewa dan marah dengan keputusan Atikah untuk menangguhkan majlis perkahwinan mereka membuatkan Idham mengambil keputusan untuk membatalkan ikatan pertunangan. Dia nekad akan meneruskan majlis perkahwinannya biarpun tidak diketahui siapakah bakal

Sinopsis Novel Calon Untuk Pengantin

IDHAM yang kecewa dan marah dengan keputusan Atikah untuk menangguhkan majlis perkahwinan mereka membuatkan Idham mengambil keputusan untuk membatalkan ikatan pertunangan. Dia nekad akan meneruskan majlis perkahwinannya biarpun tidak diketahui siapakah bakal calon pengantinnya nanti.

Desakan Datin Suhani untuk menerima gadis pilihannya telah membuatkan Idham memilih NURUL sebagai calon pengantinnya. Malah, Idham sanggup bertemu dengan orang tua Nurul untuk menyampai hajatnya itu.

Persetujuan orang tuanya membuatkan Nurul tiada pilihan walaupun dia tahu dia akan mempertaruhkan masa depannya. Nurul reda dengan takdirnya, namun majlis perkahwinan mereka dikejutkan dengan kemunculan Atikah. Malah lebih mengejutkan apabila Atikah tetap merayu Idham untuk kembali kepadanya. Bagaimanapun Idham bertegas menolak Atikah walaupun dia tidak yakin bahawa hubungannya dengan Nurul akan berjaya.

“Kalau bukan sebab I yang cabar Idham untuk teruskan majlis perkahwinan tu, mungkin you takkan jadi pilihan Idham. You takkan berpeluang untuk jadi pengantin, apatah lagi untuk hidup bersamanya macam hari ni.” – Atikah.

“Itu bukan urusan saya. Sekarang ni Abang Idham suami saya.” –Nurul.

Di awal perkahwinan, hubungan Idham dan Nurul hambar. Namun, lama-kelamaan hati Idham makin tertawan. Bagi Nurul pula, dia tidak kisah bagaimana layanan Idham kerana dia percaya Idham mengahwininya kerana lelaki itu mahu menjunjung egonya.

Atikah tetap muncul dan cuba mendapatkan Idham semula menyebabkan hubungan Idham dan Nurul sering ada pasang surutnya. Ditambah pula kewujudan Kasyaf yang menjadi senjata untuk Atikah memporak-perandakan rumah tangga Idham dan Nurul.

“Sayang, abang nak ingatkan sayang yang abang dengan Atikah dah tak ada sebarang hubungan lagi. Hubungan kami dah putus. Dia bukan tunang abang lagi bila abang dah kahwin dengan sayang.” -Idham.

Bolehkah Idham dan Nurul melayari hidup bahagia mereka tanpa gangguan daripada mana-mana pihak yang mahukan kehidupan mereka musnah? Siapakah musuh sebenar Idham?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Calon Untuk Pengantin

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Azieana

  • Dia, Cinta Hatiku?
  • Dia... Mr. Perfect Aku!
  • Denganmu Lebih Indah
  • Cinta Hati Mr. Aydan
  • Jadikanlah Dia Jodohku