• 9273
1

Fajar Pakeer

Nemesis Oleh Aaliyaadni

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Nemesis Oleh Aaliyaadni

Ikon anak muda yang trauma dengan kisah silamnya, Layla Olivia tidak bersedia untuk menurut arahan ibunya, Nydia supaya memikirkan tentang pasangan hidup.

“Layla, sudah tiba masanya Layla fikirkan tentang kehidupan selain daripada karier Layla. Layla sudah berjaya mencapai cita-cita Layla; tiada apa lagi yang Layla mahu kejari. Sekarang Layla perlu ada seseorang untuk melindungi Layla.” – NYDIA

“Buat masa ini, perkahwinan bukan isu paling utama. Layla boleh sahaja menjadi seperti Rabiatul Adawaiyah.” – LAYLA

Tetapi insiden ketika Nydia jatuh sakit menjadikan Layla lebih bersungguh-sungguh mengenali Qawiyy yang ditemuinya di surau tanpa dirancang.

Qawiyy pula kehidupan profesionalnya tidak ke mana. Dia baru sahaja dapat kerja di syarikat Layla Olivia. Manakan mungkin dia yang menjadi pilihan seorang wanita seperti Layla Olivia. Teman rapatnya, Jeslina seorang pelajar bidang perubatan menangisi kehadiran Layla. Mengharapkan kesetiaan dan budinya dibalas dengan cinta oleh Qawiyy.

“Bagaimana awak boleh tutup mata dengan segala keburukannya sedangkan sebelum ini awak juga bercakap tentang betapa buruknya dan kasarnya perangai betina itu?” - JESLINA

“Dalam percintaan, tidak ada keadilan. Kita mungkin mampu menipu orang lain tapi kita tak mungkin mampu menipu diri sendiri.” – QAWIYY

Bertitik tolak daripada beberapa episod di pejabat mewah Layla Olivia, Qawiyy mulai mengenali tentang wanita yang luarannya kelihatan sempurna. Manakala kejujurannya menggalas tugas, menjadikan Qawiyy sasaran pembunuh. Kini dia terpaksa membuat suatu keputusan drastik.

Apakah benar dalam percintaan tidak ada keadilan? Dan apakah benar cinta tidak semestinya memiliki? Mungkinkah Layla Olivia kunci untuk dia mendapatkan kembali ketenangan hidupnya atau nyawanya bakal melayang?

NEMESIS mengisahkan kehidupan yang berpaksikan keserakahan dalam menggapai impian, persahabatan yang disaluti kepalsuan dan cinta yang tidak kesampaian.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta yang tidak kesampaian dan dilema memiliki seseorang
  • Trauma masa silam serta usaha mendapatkan ketenangan hidup
  • Konflik antara kerjaya, perkahwinan dan tuntutan keluarga
  • Pengkhianatan persahabatan serta kepalsuan dalam hubungan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik dengan konflik emosi yang mendalam
  • Peminat kisah cinta yang tidak kesampaian
  • Pembaca yang gemarkan elemen suspens, ancaman dan misteri
  • Pembaca yang berminat dengan tema trauma serta penyembuhan diri

Maklumat Buku

  • Penulis: Aaliyaadni
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221962
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan