Fajar Pakeer
Elipsis Cinta Oleh Aaliyaadni
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Elipsis Cinta Oleh AaliyaAdni
Elipsis Cinta karya AaliyaAdni membawa pembaca mengikuti kisah hubungan yang terjalin sejak kecil dan berkembang seiring peredaran masa. Kisah ini berpusat pada Bagaikan. Dia menginginkan perkahwinan yang penuh cinta dan dilamar bagaikan seorang puteri. Apabila Camelia menemui calon suami impiannya, dia bertekad membawa hubungan mereka sampai ke syurga. Cita-citanya melangit, lebih tinggi dari Burj Khalifa. Tetapi, tidak bagi
Sinopsis Novel Elipsis Cinta
Dia menginginkan perkahwinan yang penuh cinta dan dilamar bagaikan seorang puteri. Apabila Camelia menemui calon suami impiannya, dia bertekad membawa hubungan mereka sampai ke syurga. Cita-citanya melangit, lebih tinggi dari Burj Khalifa.
Tetapi, tidak bagi Abdul Qayyum, pelajar cemerlang, anak yang taat kepada orang tuanya, seorang profesional yang workaholics. Ikatan perkahwinan baginya, akan mengganggu hidupnya.
“I rasa kita tak ada persamaan langsung, Camelia.” - QAYYUM
“No way! I akan pastikan you sedar betapa berharganya cinta I ini. Jika you ada kembar seiras sekali pun, I tetap akan pilih you. - CAMELIA
Sungguh Camelia menaruh kasih pada Qayyum, tetapi lelaki itu nyata tidak memiliki perasaan padanya. Camelia menyimpan sebal sikap Qayum yang dingin, egois dan mementingkan diri. Manakala Qayyum bertahan demi memenuhi impian mamanya.
Keadaan itu sudah cukup sukar bagi mereka berdua apalagi kehadiran seorang kawan lama yang cukup empati.
“Qayyum, you tak tak sepatutnya hidup dalam penipuan. I tahu you hanya pura-pura bahagia bersama Camelia.” - JEMIMA
Datangnya Jemima membawa wasangka dalam kehidupan Camelia dan Qayyum.
Inikah episod yang membawa titik noktah pada hikayat cintanya?
Mampukah Camelia mempertahankan mahligai yang telah dibina, apabila ada petualang yang mahu meroboh dan merampas segala yang dimilikinya?
Bagaikan elipsis dalam ayat cinta yang panjang. Mungkinkah ini hanya sebuah interlud luka? Bertahan sedangkan pengkhianatan itu membuka suatu kebenaran yang pahit.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Elipsis Cinta
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.