• 9267
1

Fajar Pakeer

Tulip Stuporous In Love Oleh Nadrinaline Rush

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Tulip Stuporous In Love Oleh Nadrinaline Rush

Tulip Stuporous In Love karya Nadrinaline Rush membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Six Degrees. Six Degrees of Separation, teori yang mengetengahkan idea bahawa seseorang itu berkait atau mempunyai hubungan dengan sesiapa sahaja di dunia ini melalui suatu rangkaian perhubungan yang hanya dipisahkan dengan enam orang atau kurang daripada itu. Yang

Sinopsis Novel Tulip Stuporous In Love

Six Degrees of Separation, teori yang mengetengahkan idea bahawa seseorang itu berkait atau mempunyai hubungan dengan sesiapa sahaja di dunia ini melalui suatu rangkaian perhubungan yang hanya dipisahkan dengan enam orang atau

kurang daripada itu.

Itu teori Orang Barat. Yang semestinya boleh bawa berdebat 44 hari. Tapi ada sesuatu yang Syazreen memang pasti... Qada and qadar yang membawa kepada pertemuannya dengan DO buat entah-ke-berapa-kali.

“I baru sedar yang I tak perkenalkan diri lagi. Call me DO. Nice to meet you again, miss... Nak guna nama bunga lagi ke?” - DO

“Kali ni, kita guna Syaz. Tapi I sumpah tak kisah kalau you nak panggil Mawar.” – Syazreen Rose

Orang kata kalau jatuh cinta, IQ seseorang akan jatuh terbenam di bawah tanah. Tapi kalau nak ikut kes Syazreen, kalau dia jatuh cinta, memang tahap kesedarannya automatik jatuh menjunam ke dalam gaung.

Glasgow Coma Scale (GCS) yang digunakan untuk mengukur tahap kesedaran seseorang, sah-sah jatuh tergolek dari skor tertinggi; 15 dalam masa yang singkat. Nasib baik tak sampai skor terendah; 3. Sebab kalau koma begitu, memang sungguh layak dikambus dalam tanah.

Apa terjadi apabila mereka bertemu semula di negara kincir angin selepas lima tahun?

Bagaimana dengan status mereka yang kini berubah?

Antara kata hati dan jawapan Dia, yang manakah menjadi pilihan kalbu?

Apabila dipersoalkan ‘sayang’ itu terletak di bawah kategori apa, reaksi yang diberikan hanyalah…

Sebuah kisah tentang Syazreen dan DO. Sebuah kisah merentas masa dan benua yang bikin hati jadi rawan kerana keadaanlah yang jadi pemenangnya.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Tulip Stuporous In Love

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Nadrinaline Rush

  • Fight N Fly