• 8145
1

Fajar Pakeer

Fight N Fly Oleh Nadrinaline Rush

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Fight N Fly Oleh Nadrinaline Rush

Fight N Fly karya Nadrinaline Rush membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Hannah Dania. Perkara yang sama diaplikasikan dalam kehidupan seorang Hannah Dania yang suatu ketika dahulu bahagia sehinggalah… Rasa macam dihempap batu meteor dari langit. Tanpa sedar, dia memilih untuk melarikan diri daripada berjuang melawan penyakitnya; berputus asa

Sinopsis Novel Fight N Fly

‘Fight or Flight’ respons memberi kuasa kepada seseorang untuk membuat pilihan, sama ada hendak berlawan atau melarikan diri dalam situasi genting. Perkara yang sama diaplikasikan dalam kehidupan seorang Hannah Dania yang suatu ketika dahulu bahagia sehinggalah…

Rasa macam dihempap batu meteor dari langit. Pecah berderai semangatnya. Tanpa sedar, dia memilih untuk melarikan diri daripada berjuang melawan penyakitnya; berputus asa mencari senyumannya sendiri.

Tak pernah terlintas dalam fikiran Dania yang dia akan tergolong dalam golongan minoriti; dua daripada 100 ribu orang populasi Malaysia yang perlu bertarung dengan penyakit saraf yang menyeksakan itu.

“It will... keep coming... and going away... sampai adik mati, umi. When the time comes... I’ll be permanently disable…” – HANNAH DANIA

Yang paling ditakutinya, mungkin suatu hari nanti, dia ditakdirkan untuk kehilangan keupayaan fizikalnya yang sekarang. Permanently disable. Layakkah dia untuk mencari kebahagiaannya sendiri? Dengan mengheret sekali orang yang dia sayang, menderita sekali disebabkan penyakitnya yang semakin teruk nanti? TIDAK.

Tapi itu bagi Dania. Lain pula bagi Haraz. Kalau sesuatu ujian itu tak dapat dihalang, kenapa nak lari? Lawan bersama-sama.

“I logged on into this fight while knowing the possibility of MS strike, kan? Senapang riffle, bazuka, bom, pisau Rambo, parang baba, semua dah siap dah, ready untuk perang.” – DANIAL HARAZ

Percaturan paling gila yang Haraz lakukan, menjerat mereka ke permainan fizikal dan emosi yang tak pernah sudah.

Mampukah dia, Si Tauke Loji Kumbahan mengalahkan Si Jambu Dzariff? Yang paling penting, mampukah permainan ini ditamatkan dalam melawan penyakit Dania?

Kisah mereka bukanlah datar monotone seperti orang lain. Kisah mereka penuh dengan adrenaline rush disebabkan prank dan permainan mereka yang tidak berpenghujung. Penuh dengan tangisan. Penuh dengan teka-teki. Roller-coaster ride.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Fight N Fly

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Nadrinaline Rush

  • Tulip Stuporous In Love