• 3879
1

Karyaseni

Saya Kenal Sayang Saya! Oleh Nurrul Shuada

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Saya Kenal Sayang Saya!

Saya Kenal Sayang Saya! karya mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Nurul Damia. Segalanya bermula apabila Fakhri Wafiy yang dipaksa membuat part time di restoran abangnya bertembung dengan Nurul Damia semasa gadis itu kalut untuk masuk ke Restoran Seri Puteri. Pertembungan itu menyebabkan topi cef milik Damia terjatuh ke dalam baldi yang

Sinopsis Novel Saya Kenal Sayang Saya!

Segalanya bermula apabila Fakhri Wafiy yang dipaksa membuat part time di restoran abangnya bertembung dengan

Nurul Damia semasa gadis itu kalut untuk masuk ke Restoran Seri Puteri. Pertembungan itu menyebabkan topi cef milik

Damia terjatuh ke dalam baldi yang berisi air bekas mop lantai. Oh, sadis sungguh apab!ila melihat topi putihnya itu sedang

berenang-renang di dalam air kotor. “Sebagai homework kau, aku nak kau bawa balik rumah topi tu basuh bersih-bersih,

faham?! Jangan lupa letak Downy sekali. Kalau tak ada Downy, Softlan pun boleh. Yang penting, wangi!” - NURUL DAMIA

“Tapi apa pasal pula saya yang kena basuh? Saya memanglah pembantu Cik Damia tapi bukan orang gaji Cik Damia pun.” - FAKHRI WAFIY

Nurul Damia, seorang cef yang sudah lama menyimpan perasaan cinta untuk bosnya di restoran tempat dia bekerja, Fahim Rayyan.

Rancangan untuk menggantikan tempat bakal tunang Fahim mengubah hidupnya seratus peratus apabila dia bertunang dengan Fahim

tapi kahwin dengan Fakhri! Apa kes ni? Walaupun mereka sudah disatukan, namun kehidupan mereka tetap tidak berubah. Seperti anjing

dan kucing, sehari tidak bertekak, tidak sah! Namun, siapa sangka, dalam diam perasaan cinta dan sayang Damai mula teguh untuk si suami.

Manakala bagi Fakhri pula, si isteri ini adalah cinta pertama dan terakhir buat dirinya. Namun begitu, langit tidak selalunya cerah.

Fakhri Wafiy bagaikan hilang nyawa apabila mendapat tahu sebuah rahsia yang selama ini kukuh dalam pengetahuan mamanya.

Dia reda. Kalau dahulu untuk mendapatkan gadis itu, dia yang mencipta rancangan. Dan sekarang untuk membuang gadis itu,

dia juga yang terpaksa membuat aturan. “Mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau lagi, faham?! Aku harap kau fahamlah

bahasa mudah yang aku guna ni. Aku benci tengok muka kau.

Aku malu ada isteri yang lebih tua dan langsung tak menarik macam kau ni, Nurul Damia!” - FAKHRI WAFIY

“Fakhri... Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak curi hati saya sedangkan pada masa yang sama awak akan lukakannya?

Kenapa buat saya sayang awak? Kenapa buat saya cinta awak? Kenapa buat saya kenal awak?

Kenapa Fakhri? Kenapa?!” - NURUL DAMIA

Rahsia apa pula yang disembunyikan oleh mama Fakhri? Bagaimana pula dengan cinta Damia yang baru bercambah buat Fakhri? Semuanya dalam

Saya Kenal Sayang Sayang!

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Saya Kenal Sayang Saya!

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.